“Rupanya Allah Nak Bagi Yang Lebih Baik..” – Ketuai Bacaan Doa Ketika Majlis Keluarga, Netizen Anggap Fasha Sandha Bertuah Bersuamikan Aidil

Sejak kebelakangan ini, kehidupan selebriti Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz menjadi perhatian peminat di laman Instagram.

Terbaru pula, Fasha berkongsi rakaman video suaminya sedang membaca doa buat ramai orang disekelilingnya sehingga ia dipuji ramai yang mana dikatakan netizen, Aidil suami yang baik buat pelakon cantik ini.

Suami, dan keluargaku tersayang

Malah diruangan komen, rata-ratanya memberikan respon positif selain mendoakan perkahwinan pasangan ini. Apapun, ramai yang memuji tindakan Aidil menerusi video tersebut sehingga kini ia meraih lebih 26 ribu likes.

Rupanya tuhan nak bagi yang lebih baik..

Waa.. hebatnya

Bagi netizen juga, lelaki seperti Aidil menjadi idaman perempuan diluar sana kerana dapat membimbing isteri.

Macam ni la semua perempuan idamkan..

MasyaAllah..betapa bertuanya Fasha..

Video: FashaSandha

Sumber: HimpunanCeritaLawak

Saya Teruja Dipanggil Ayah-Aidil Aziz.. Sekitar Gambar Dan Video Majlis Bertandang Fasha Dan Aidil Yang Berkonsepkan Adat Melayu

“SAYA begitu teruja apabila dipanggil ayah dan berharap Fasha membantu dalam rumah tangga ini,” kata pelakon, Mohd Aidil Aziz, 32, ketika ditemui pada majlis persandingannya bersama Fasha Sandha, 35, di Kampung Tanah Datar Gancong, Kota, Rembau hari ini.

Pelakon filem Kanang Anak Langkau The Iban Warrior itu berkata, anak-anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, sudah memanggilnya ayah dan ia sesuatu yang baru dalam hidupnya.

“Sebelum ini saya bujang dan Fasha memiliki pengalaman berkahwin. Saya berharap dengan pengalamannya membantu rumah tangga kami,” katanya.

Mohd Aidil pada masa sama menzahirkan penghargaan terhadap bekas suami Fasha iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai atas ucapan tahniah menerusi laman sosial baru-baru ini.

“Amanah Jejai supaya saya menjaga anak-anaknya dengan baik akan cuba ditunaikan dengan penuh tanggungjawab, InsyaAllah,” katanya yang pernah bertemu Jejai tiga kali sebelum ini.

Mengenai anak, Mohd Aidil berkata, dia mahu memiliki tiga anak sendiri sebelum isterinya menyapa ‘boleh’.

Mohd Aidil berkata, majlis persandingannya berjalan lancar dengan kehadiran 6,000 jemputan membabitkan ahli keluarga, saudara mara, penduduk kampung dan rakan artis antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nash dan ramai lagi.

“Sebenarnya jemputan hanya 3,000 tetamu dan melebihi jangkaan. Alhamdulillah makanan mencukupi dan tetamu tidak pulang dengan perut kosong,” katanya.

Sementara itu Fasha bersyukur ahli keluarga suami dapat menerimanya sebagai menantu termasuk dua anaknya.

“Dalam majlis ini, saya rasa sedikit kelainan mengikut adat dan budaya Negeri Sembilan,” katanya.

Katanya, dia bersyukur dua majlis yang dianjurkan berjalan lancar dengan persandingan di Perlis dibuat tertutup membabitkan ahli keluarga terdekat saja.

Gambar

Adaptasi busana tradisional Negeri Sembilan

Diarak naik tandu

Selamat pengantin baru!

Sumber : hmetro via Viral gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*