“Rindu Nak Azankan Telinga Kanan, Iqamatkan Telinga Kiri,” – DS Aliff Syukri Tak Sabar Nak Timang Baby

 

Memiliki cahaya mata merupakan salah satu perkara terindah bagi setiap pasangan bergelar ibu bapa.

Terbaru, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri atau sinonim dengan panggil abang terlajak laris itu ada memuat naik sekeping gambar anaknya bernama Yusoff Al Qardawi.

Menerusi entri tersebut, Aliff telah berkata bahawa dia kini sudah tidak sabar lagi untuk menimang cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

“Abang rindu dan tak sabar nak dapat baby lagi. Rindu nak azankan telinga kanan, iqamatkan telinga kiri. tak sabar nak tunggu baby abang keluar. abang kalau boleh setiap tahun nak baby.

“abang percaya dan yakin baby membawa rezeki yang melimpah ruah kepada abang.. .Korang setuju tak kalau abang nak baby setiap tahun? komen dekat bawah,” tulisnya.

 

Terdahulu, Datin Seri Nurshahida yang merupakan isteri kepada Aliff, telah disahkan hamil bayi kembar pada Mei lalu.

Bagaimanapun, salah satu dari bayi kembar tersebut telah gvgur dari kandungan.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, Yusoff Al Qardawi, 10 bulan dan anak angkat perempuan, Ameena, berusia enam bulan.

 

View this post on Instagram

 

apakah yg sama tentang kami?? my forever girls friends❤️❤️ cess @qadejah_terlajaklarisces telekong koleksi kanak2 @as.legacymalaysia ..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

 

View this post on Instagram

 

bersyukur saya ada family yg menyayangi saya dgn iklas.. nikmat yg paling beharga.. @shahidadherbs @yusoffalqardawi_terlajaklaris

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*