Rihana Petra Dedah Kehidupan Dia Selepas Kahwin, Melalui Wawancara Eksklusif Bersama Suami

Selepas membuka akaun Instagramnya sendiri, Rihana Petra atau nama asalnya Oksana Voevodina sering berkongsi coretan mengenai kisah kehidupannya. Bahasa yang digunakan cukup jelas dan mudah difahami oleh pengikutnya.

Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi mengenai detik pertemuan dengan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, terbaru Rihana berkongsi sedikit tentang rahsia peribadinya yang belum pernah didedahkan sebelum ini.

Pada tahun 2017, Rihana berpindah ke Kuala Lumpur dan selepas setahun kemudian dia bernikah dengan Sultan Muhammad V  pada bulan Jun 2018.  Dengan mengambil masa selama 5 bulan untuk membuat persiapan, pada 23 November 2018, majlis perkahwinan berlangsung dengan gilang-gemilang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia di Dewan Barvikha di Moscow.

Sebenarnya, Rihana berkongsi perihal dirinya kepada pengikutnya bersempena hari kelahiran beliau pada hari ini 10 Julai 2019. Semoga Rihana dan keluarga barunya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezek serta dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin..

VIDEO PENUH:

Antara sedutan rakaman dari video :

“Saya akan menjaga dia..”

“Saya mahu menjadi yang terakhir dalam hidupnya sehingga akhir hayat saya…” – Luahan hati Rihana Petra

Antara kata-kata dari  Sultan Muhammad V mengenai hubungan mereka.

“Keutamaan dalam keluarga mestilah anak kita sendiri. Ini kerana merekalah yang bakal meneruskan legasi keluarga ..

2 perkara lain yang penting bagi saya ialah passion dan understanding..”

“Ramai orang kata hubungan ini berkenaan cinta semata-mata. Ya betul, semuanya kerana cinta. Baguslah.  Tetapi, selepas 15 dan 20 tahun, hanya passion dan understanding sahaja yang akan kekal menguasai hubungan…”

“Walaupun ada banyak hobi yang tidak kami lakukan bersama, tetapi kami ada banyak persamaan(persefahaman) yang serupa…” ujar Sultan Muhammad V dalam rakaman video yang dipaparkan laman sosial milik Rihana Petra.

 

Difahamkan video tersebut antara sedutan wawancara mengenai kisah hubungan mereka berdua. Ramai peminat meniggalkan komen dan menantikan versi penuh untuk mengetahui keseluruhan kisah mereka.

‘Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia’ Disangka hanya gurauan, Rihana Petra kongsi kisah pertemuan pertama dengan suami

Isteri kepada bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dikenali sebagai Rihana Petra beberapa hari lalu telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran putera sulung mereka di laman akaun Instagram (IG)nya.

Beliau turut berkongsi foto Sultan Muhammad V saat kecil/bayi.

Kelihatan, Rihana Petra turut berkongsi foto ibu beliau yang kelihatan muda membawa cucunya bermain. Ramai terkejut kerana ibu beliau kelihatan sangat muuda!

Bekas ratu cantiik Russia, Oksana Voevodina menerusi IG @rihanapetra memuat naik foto sepasang kaki comeI bayi, sekaligus mengumumkan nama putera mereka sebagai Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana itu menerusi kapsyen memanjatkan rasa syukur dikurniakan bayi pada 21 Mei lepas.

Kisah Percintaan

“Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo.

Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.

Usikan seorang raja

Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon.

Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … akan bersambung”

Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Voevodina telah memeIuk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum foto majlis resepsi perkahwinan dengan Sultan Muhammad V tular pada 22 November tahun lepas.

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana sehingga ke hari ini.

Voevodina atau Rihana pernah merangkuI gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai modeI di China dan Thailand.

KERAJAAN Negeri Kelantan tiada maklumat rasmi berhubung perceraian Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Istana Negeri selaku pihak berkelulusan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Sultan perlu dihorm4t1, macam kita hormat ibu bapa kita juga. Penghormatan itu mesti ada.

“Kita bimbang (berita perce3raian) itu ada agenda tersembunyi. Kalau ada pe3langgaran boleh diambil ti1ndakan,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar berkata demikian ketika mengulas dakwaan perc3eraian antara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan seorang wanita Russia.

Semalam, Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan mengeluarkan kenyataan memaklumkan tiada sesiapa boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan.

Katanya, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pula adalah Mahkota Kelantan manakala, bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

Sumber : Instagram Rihana Oksana Petra, hmetro 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*