Resepi Turun Temurun Daging Rendang Dendeng Ketua Chef, Rahsia Sedapnya Kena Ketuk Dulu

Resepi daging dendeng ini memang panjang stepnya, tapi berbaloi untuk dicuba. Sebabnya resepi ini asalnya resepi turun temurun keluarga Ketua Chef Umi Shida Alias yang dikongsikan semula oleh Puan Ilya Sazuani Radzuan Ahamad ketika beliau” mengikuti kelas masakan bersama Ketua Chef Umi.

Lagi-lagi waktu Raya Haji nanti tentu ada daging korban yang diberikan. Bolehlah suri cuba membuat daging dendeng ini. Kalau ikut satu per satu cara yang ditunjukkan di bawah, insyaAllah resipi daging rendang dendeng anda ini pasti menjadi dan enak rasanya.

Alhamdulillah, semalam dapat belajar buat secara khusus Daging Rendang Dendeng dari Ketua Chef Umi Shida Alias. Resepi turun temurun dari keluarga Umi di kampung.”

Kami mula dari pukul 11 pagi, habis masak semua dalam 5 petang. Daging denndeng ni memang menjadi kegemaran kami kalau beraya rumah Umi. Dah banyak lama tunggu masa nak belajar, akhirnya Allah izinkan juga semalam.”

Kelas memasak ini turut dihadiri rakan baik yang sudah dianggap kakak sendiri iaitu kak Norlie Kifle dan kak ita Yusnita Ismail.

Masakan ini bukan mudah kalau hanya mencatat resepi. Kena di perhatikan cara-cara, selok-belok dan pesanan-pesanan. Barulah betul.

Resepi yang akan saya sertakan di sini, halal buat semua. Semoga keberkatan perkongsian turun temurun ini dapat memberi manfaat buat kita dari dunia sampai hari mendatang.”

Nota

Sukatan bahan-bahan yang tidak dicatatkan dan cara-caranya ada di bawah. Sukatan tidak disertakan kerana Anggaran saja dari Umi.

Nota hakak: Orang lama memang begitu caranya, tak perlukan sukatan tepat bak resepi Mat Salleh. Tapi agak-agak itulah rahsia ‘air tangan’ masakan orang lama yang orang muda kena faham dan praktis sampai banyak kali… sampai menjadi.

Bahan-bahan

  • Daging segar – 6kg
  • Bawang kecil
  • Halia
  • Bawang putih
  • Cili kering – 300gram
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Minyak

Cara Membuat Diterangkan Secara Detail Pada Gambar

Rebus daging selama 30 minit sahaja.

Daging potong saiz macam ni.

daging rendang dendeng

Potong dengan ketebalan dan saiz di atas. Ketuk dengan halu lesung sampai menjadi nipis 75 % dari saiz asal dipotong tadi.

Petua:  Nak mengetuk daging ni, kena ketuk tepi dulu. Lepas tu baru ke tengah.

daging rendang dendeng

Kami kupas semua. Tapi taklah guna semua.

daging rendang dendeng

Ini bawang putih dan halia yang siap dikupas.

daging rendang dendeng

Bawang kecil muda.

daging rendang dendeng

Itu sahaja halia dan bawang putih yang digunakan. Pastikan halia kurang dari bawang putih.

daging rendang dendeng

Semasa proses untuk kisar bawang.Pastikan semua bawang, halia di basuh dengan selawat dan toskan. Kisarkan kasar bawang kecil. Jangan terlalu halus. Pastikan ada kasar kasar. Kalau rajin, bolehlah tumbuk dalam lesung batu.

daging rendang dendeng

Nanti untuk menumis, bawang ni tak digunakan habis. Ada dalam 1 cawan lebihan bawang kecil kisar. Namun berbeza dengan halia dan bawang putih. Bawang putih dan halia kena kisar halus.

daging rendang dendeng

Cili dipotong kecil dan direndam dengan air panas. Bukan rebus. Hanya rendam air panas.

daging rendang dendeng

Cili juga kena kisar lebih kasar dari ni. Kalau boleh ada 1 kali yang halus. Lepas tu semua kasar. Kasar lebih sikit dari gambar ni. Jangan kasar sangat pulak. Kang tak jadi.

daging rendang dendeng

Daging yang siap dia tumbuk, diperapkan dengan kicap manis dan kicap masin. Perap lama sikit. Tapi semalam kami perap dalam 30 minit jer.

daging rendang dendeng

Masa ni juga tiada sukatan. Pastikan semua daging bersalut. Seimbang rasa manis dan masin dari kicap. Siapa yang lebih manis, lebihkan kicap manis dari kicap masin. Siapa yang nak lebih masin, lebihkan kicap masin dari kicap manis.

daging rendang dendeng

Panaskan kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan daging. Semasa goreng daging, kena main-main api. Kena jaga api, jangan tinggal pi main wassap, sat lagi makan daging arang, bukan daging dendeng.

daging rendang dendeng

Kami buat dua kuali semasa menggoreng. Supaya cepat.

daging rendang dendeng

Ini antara kesalahan yang Ketua Chef jumpa. Daging tak diketuk dengan betul.

daging rendang dendeng

Okay, sekarang nak tumis sambal. Pastikan guna minyak yang goreng daging tadi. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bawang putih dan halia dulu. Tunggu dalam 5 minit baru masukkan bawang kecil kisar. Tumis lagi. Sampai naik bau.

daging rendang dendeng

Tumis lagi… sabar… jangan kelam kabut nak masuk cili kisar.

daging rendang dendeng

Dah pecah minyak tumisan bawang tadi, masukkan cili kisar. Tumiskan sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula, garam dan asam jawa. Asam jawa jangan terlebih, nanti pahit sambal ni. (Asam jawa saya lupa nak snap gambo)

daging rendang dendeng

Dah pecah minyak, masa untuk terjunkan segala daging yang siap digoreng. Terujanya kami!

daging rendang dendeng

Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar dia mereneh lama sikit sampai kering sikit. Tapi kalau terlalu kering, tambahkan air daging. Kalau tidak, tak perlu.

daging rendang dendeng

Nampak tak dalam kuali tu? Hahaa dah nak siap tu. Dalam 30 minit kami reneh. Muka tak sabar nak makan.

daging rendang dendeng

Balik rumah, terus makan dengan nasi putih panas panas. Inilah kegemaran saya!

Daging korban waktu raya haji nanti bolehlah dicuba untuk membuat daging rendang dendeng ini. Tentu lebih lembut dan manis sebabnya guna daging baru.

Sumber/Foto: Ilya Sazuani Radzuan Ahamad via Mingguan Wanita

Facebook Comments

Loading…