“Qalif Satu-Satunya Anak Lelaki Dan Harapan Saya” – Que Haidar

Sejak Que Haidar mengahwini jelitawan, Linda Jasmine, peminat sudah termaklum akan keakraban Que bersama anak tirinya, Qalif Khan. Kemesraan pasangan bapa dan anak ini ternyata memberi inspirasi khusus golongan bapa dan anak-anak. Keakraban mereka berdua membuktikan bahawa bapa dan anak tiri bisa menjalinkan perhubungan keluarga yang erat. Qalif, 17 tahun kini yang semakin matang sempat meluangkan masa menghadiri ke studio untuk sesi penggambaran bersama Que.

Que yang tak perlukan sebarang pengenalan, merupakan penggiat seni memiliki bakat berlakon bukan calang-calang. Kecemerlangan lakonannya menerusi filem seperti KL Menjerit 1, Papadom dan Lagenda Budak Setan meninggalkan kesan yang mendalam. Pengiktirafannya dalam bidang seni beberapa kali pernah dirangkulnya. Que yang kini sibuk dengan tugas membesarkan anak, berpendapat bahawa Qalif adalah harta kesayangannya.

“Qalif merupakan satu-satunya anak lelaki saya dan harapan saya. Dia anak yang baik dan mendengar kata.” Mengenai Que pula, Qalif memberitahu bapanya tersebut membesarkannya dengan menekankan aspek disiplin. “My dad is a disciplinarian person. Dia tegas dalam membesarkan kami. Tapi jangan salah anggap, tegas hanya bila perlu dan untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Saya tahu, bapa bersikap seperti itu kerana mahukan yang terbaik buat saya kala menempuh hidup.”

Que akui, “Mengimbas momen melihat ibu bapa saya membesarkan kami adik-beradik seramai sepuluh orang telah memberi saya inspirasi dan semangat untuk melunaskan tanggungjawab sebagai bapa dan membesarkan anak-anak saya pula. Cara mereka menangani kami adik-beradik membuatkan saya fikir tak mustahil untuk saya membesarkan anak-anak saya. Ibu bapa bagaikan idola saya. Kalau dulu ibu bapa tak merungut kala membesarkan kami adik-beradik, why should I complain about my problems, right?”

Persamaan antara Que dan Qalif dikesan menerusi minat mereka yang sama terhadap bidang muzik juga cinta mereka mencuba pelbagai jenis makanan. “Keluarga kami enjoy food. Setiap hari Khamis, selepas Qalif pulang dari asrama, kami sekeluarga akan meluangkan masa untuk makan malam bersama. Ada peluang kami akan makan di rumah atau luar. Tak kira makanan apa, yang penting kami dapat berkumpul. The togetherness of enjoying the meal. Dan sebagai pengetahuan, Qalif yang mencadangkan aktiviti ini,” ujar Que.

“Why do you care about it? Sebab jarang sekali saya melihat para remaja begitu mengutamakan aktiviti keluarga, bukan?” tanya saya kepada Qalif. “Setiap keluarga perlukan aktiviti kekeluargaan. Saya menyedari bahawa keluarga yang dilihat selalu bersama, sebenarnya tidak benar-benar bersama. Ada yang buat hal sendiri atau sibuk dengan gajet masing-masing. Oleh itu, sekali seminggu saya akan luangkan masa bersama keluarga untuk makan malam bersama dan berkongsi cerita-cerita tertentu. Lagipun, saya tinggal berjauhan dari keluarga, dimana saya menetap di Sunway dan keluarga di Ampang.”

 

View this post on Instagram

 

With my Baby ❤️

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

Kehidupan selepas berumah tangga dan memanakiliki -anak telah mengubah cara pemikiran dan pembawaan diri Que. Katanya, peranan sebagai bapa membuatkannya sering fikir tentang kebajikan anak-anak. “Anak ni, sampai bila-bila kita akan ingat. Sehinggalah ke akhir hayat kita ambil kisah tentang anak-anak. Sebab kita ni sebagai ibu bapa, sangat menyayangi anak-anak. Apa anak-anak buat, sihat ke tak, apa mereka rasa, tentunya sering menjadi persoalan di minda saya sepanjang masa. Ia tidak akan hilang,” cerita Que yang sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga.

 

View this post on Instagram

 

Hargailah isteri anda jika anda ingin mereka hargai anda.. luv you yayang!❤️

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

Artikel Berkaitan:”Love Tak Pernah Padam Malah Berlebih-Lebih Sebab Tu Lately I Terlebih…” – Ucapan Que Haidar Buat Linda

Tahniah buat Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar, dan Linda Jasmine sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-10 hari ini!

“Happy 10 Years Anniversary Yayang. Congratulations to you and me. Insya-Allah till Jannah, jika kita saling melengkapi apa yang lebih dan kurang,” tulis Que di Instagramnya.

Kata Que, walaupun dia tahu ada banyak kekurangan pada dirinya, dia tetap memberi yang terbaik untuk Linda dan anak-anak.

“Love tak pernah padam malah berlebih-lebih sebab tu lately I terlebih cemburu (kadang-kadang).

“I wish I could turn back the clock, I’d find you sooner and love you longer,” tulis Que lagi.

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 10 buah Que dan Linda!

Sumber: glamlelaki via media ohsem

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*