“Pusing2 akan berjumpa juga…” – Setelah 13 tahun, ini reaksi Erra Fazira & Yusry KRU

Siapa tak kenal, suatu ketika dahuku pasangan popular  dua selebriti ini iaitu Yursy Abd Halim dan Erra Fazira pernah menjadi trending kerana keserasian dalam lakonan dan pentas nyanyian bersama. Umum sedia maklum bahawa kedua-dua mereka pernah bergelar suami isteri dan telah menjayakan banyak filem bersama.

Namun, selepas hampir 13 tahun mereka bepisah secara baik dan tidak pernah digandingkan bersama lagi. Baru-baru ini, setelah sekian lamanya mereka berdua bertemu dalam satu pentas yang sama secara professional!

Kedua-dua figura tersebut bersama-sama terlibat dengan rancangan terbaru, All Stars Buka Panggung (ASBP). Yusry merupakan peserta, manakala Erra Fazira adalah juri utama.

Pada Jumaat lepas, mereka bertemu semula di atas pentas ASBP, tetapi masing-masing bersikap profesional untuk tidak mencampur adukan hal peribadi dengan kerja.

Pasti ada yang mula mengimbau nostalgia zaman ketika mereka masih lagi bersama. Walau bagaimanapun, bagi Yusry, menyifatkan pertemuan bersama bekas isterinya adalah disebabkan tuntutan kerja dan tidak perlu dijadikan satu isu.

Begitu juga dengan Erra, dia menyambut baik kehadiran Yusry dalam rancang tersebut dan sudah dapat menjangka bahawa mereka akan tetap bertemu memandangkan berada dalam industri yang sama.

Terbaik & wajar dicontohi

Dapat diperhatikan, kedua-dua mereka bijak mengawal situasi untuk tidak kelihatan kekok apabila pertama kali digandingkan semula di atas satu pentas. Rata-rata netizen, juga memuji sikap profesional yang ada pada mereka.

Sumber : Budiey Channel via selotehsaje

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*