“Perjalanan 13 jam, tandas pula tutup” – Isteri Fazley Yaakob lepas ‘hajat’ dalam semak

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsi detik cemas apabila isterinya terpaksa membuang air di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah beberapa hari bercuti di Pulau Pinang.

Menurut Fazley, perjalanan selama 13 jam itu memberi tekanan kepadanya apabila kebanyakan tempat rehat dan rawat (R&R) sepanjang lebuh raya itu ditutup.

Isterinya iaitu Datin Azrene Soraya Abdul Aziz juga terpaksa melepaskan ‘hajat’ di sebalik semak samun di tepi lebuh raya tersebut.

“Kita orang memandu sampai 13 jam dari Penang ke Kuala Lumpur, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.

 

View this post on Instagram

First time saya dan Adik Sayang @azrene_ahmad drive kereta asing2 bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain. Kejap2 check dekat cermin, nak pastikan di ada di belakang saya. Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma siksanya tahu tak kenapa? Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain. Ya allah, stress sebab R&R banyak yang di tutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun! Termasuklah Adik sayang saya! Huhuhu saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk coverkan dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun. Rupa2nya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang 🙈 🙈🙈 Kenapa tutup R&R time yang tak strategik @plus_malaysia kesian kami semua pengguna highway huhu

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Perkongsian Fazley di Instagram.

“Ya Allah, stress sebab R&R banyak yang ditutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun termasuklah adik sayang (isteri) saya!

“Saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik tuala untuk cover dia, lepas tu dia terus legakan diri dalam semak samun,” katanya.

Fazley berkongsi mengenai kejadian tersebut menerusi Instagramnya pada Isnin.

Sementara itu, Fazley berkata kejadian itu bukan sahaja dialami olehnya, malah pengguna lebuh raya yang lain turut menggunakan alternatif yang sama memandangkan tandas tidak berfungsi.

Keluarga bahagia.

“Rupa-rupanya bukan kita orang je, ramai lagi terpaksa legakan diri tepi jalan macam kita orang. Kenapa tutup R&R time yang tak strategik PLUS, kasihan kami semua pengguna highway!,” katanya.

Dalam pada itu, Fazley memberitahu ini merupakan pengalaman pertama dia dan isteri menggunakan kenderaan berasingan ketika perjalanan ke sesuatu lokasi.

“Pertama kali saya dan adik sayang Azrene pandu kereta asing-asing bila travel, risau juga bila isteri tersayang pandu kereta lain. Kejap-kejap check dekat cermin, nak pastikan dia ada di belakang saya.

“Nasib baik dia cekap bawa kereta, pandai dia cilok sini-sana supaya tak berjauhan dari saya! You’re a superb driver Adik Sayang!,” tulisnya.

 

Sumber: mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*