Neelofa Hairan, Mengapa Lelaki Takut Dekatinya..

Semakin hari nama Neelofa semakin mendapat tempat di mata jenama antarabangsa dan perkara tersebut dibuktikan dengan kejayaan pelakon wanita ini yang menjadi duta beberapa produk terkemuka dunia.

BACA: Kecoh Fattah Enggan Muncul Dalam ‘Meletop’ Dihoskan Neelofa

Bagaimanapun dalam masa yang sama, Neelofa juga hairan mengapa lelaki didapati enggan mendekatinya. Merungkai persoalan tersebut, temuramah oleh BH Online sedikit sebanyak memberi jawapan buat anda yang ingin mendekati Neelofa.

“Saya pun tak faham sebenarnya kenapa nak takut? Sometimes saya rasa. Of Course Lofa pun ada perasaan sama dengan orang-orang tertentu. Tapi as long you kena yakin dengan diri sendiri dan juga tahu menjadi diri sendiri, saya rasa ia sudah cukup bagus untuk mendekati sesiapa sahaja,” jelasnya.

Sementara itu berkaitan beberapa perkara lain, Neelofa mengakui dia mudah tertarik dengan bau yang sedap dan mudah untuk mengenali seseorang melalui perkara tersebut.

Apa pun, pastinya di dalam perjalanan kehidupan Neelofa nanti, akan hadirnya seorang lelaki yang betul-betul mampu menjadi peneman hidup Neelofa sehingga Jannah. Doakan yang baik-baik saja. (rtky/s)

Sumber:RotiKaya.com

Facebook Comments