“Mereka Boleh Guna Sesuka Hati”- FaceApp Miliki 150 Juta Data Muka Dan Nama Pengguna, Ini Kesan Yang Ramai Tak Tahu

 

Korang perasan tak sekarang ramai yang ‘main’ FaceApp, malah siap share lagi kat media sosial.

FaceApp ni kira boleh tunjukkan muka korang waktu dah tua lah dalam bahasa mudahnya.

Memetik Forbes, aplikasi yang kini viral itu memiliki lebih daripada 150 JUTA data muka dan nama pengguna!

Aplikasi FaceApp membolehkan pengguna untuk mengubah mimik muka, rupa bentuk dan terbaru perubahan rupa bila menginjak usia. Tapi sedar atau tidak pada masa sama pengguna dah memberi ‘kebenaran’ kepada FaceApp untuk menggunakan gambar korang untuk apa-apa tujuan mereka..Alamak camne ni!

Menurut statistik lebih 100 juta pengguna dah download aplikasi tersebut dari Google Play dan FaceApp kini dah jadi top-rank app kat iOS App Store di 121 negara.

Sumber: Forbes

Tapi kawan-kawan semua, tahukah korang yang gambar yang korang guna untuk FaceApp itu membolehkan mereka untuk guna bagi apa-apa sahaja tujuan selama mana yang dorang nak.

Lebih tervk lagi korang takkan dapat satu sen pun royalti pada gambar yang diberikan tu jika mereka guna untuk promosi mereka, seperti yang dilaporkan page ni.

Sumber : Facebook

Mesti korang pelik, kenapa pulak tak boleh nak claim? Guna gambar kitorang kot. Well kalau itu yang korang persoalkan, baca ni.

Ianya terkandung di dalam terma dan syarat- syarat penggunaan aplikasi tersebut.

You grant FaceApp a perpetual, irrevocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed, without compensation to you. When you post or otherwise share User Content on or through our Services, you understand that your User Content and any associated inform4t1on (such as your [username], location or profile photo) will be visible to the public.

Bagaimanapun korang tak perlu risau sebab pihak FaceApp tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.

Aplikasi yang dibangunkan syarikat Rusia, Wireless Labs itu kenyataannya mengatakan bahawa FaceApp tidak mempunyai akses kepada foto pengguna di dalam telefon tanpa kebenaran.

Malah mereka katakan kebanyakan foto pengguna akan dipadam daripada server dalam tempoh 48 jam setelah ia dimuat naik.

Mereka juga menafikan yang pihaknya telah menjual atau berkongsi sebarang maklumat kepada pihak ketiga.

Justeru, pihak FaceApp mengesyorkan kepada pengguna, untuk penggunaan yang lebih baik, pengguna boleh memilih “Settings->Support->Report a bug” dengan perkataan “privacy”.

Tapi semua ni terpulang kepada individu, kalau korang rasa okay je continue je lah. Admin tak halang, just nak berkongsi info untuk semua je okay.

Sumber : LobakMerah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*