Masihkah Ingat Dengan Pelakon Utama Wanita Pangako Sayo Ini. Inilah Dia Perubahan Penampilan Dirinya Setelah 17 Tahun Berlalu.

p>Bila sebut sahaja drama dari Filipina iaitu Pangako Sayo,pasti ramai dari kalangan anda yang pernah menjadi peminat drama hits ini.Drama popular ini telah di lakonkan oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa yang mana-mana masing-masing memegang watak Angelo dan juga Ina.

Perjalanan kisah Angelo dan Ina dalam drama ini membuatkan ramai penonton terbuai dengan babak romantis dan air mata mereka yang melalui banyak liku dalam memperjuangkan cinta antara dua darjat. pelakon utama wanita iaitu Ina atau nama sebenarnya Kristine telah mempunyai ramai peminat dan menjadi antara pelakon utama drama di Filipina yang popular.

Beliau juga pernah berlakon dalam drama Sana’y Wala Nang Wakas. Beberapa tahun sebagai anak seni,Kristine Hermosa mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya.

Rumah tangga pelakon berusia 34 tahun ini semakin ceria dengan kehadiran 4 orang cahaya matanya bersama sang suami. Kesemua anak-anak Kristine Hermosa juga di lihat sangat comel dan pintar.

Walaupun usianya sudah masuk 34 tahun dan mempunyai 4 orang anak, beliau nampak masih muda dan mampu mengekalkan kecantikannya yang sudah ada sejak dari muda remaja lagi.

Lagu Pangako Sayo ini pasti akan menggamit memori anda yang pernah mengikuti drama ini sejak zaman dahulu lagi.Betul tak?

Biodata Beliau:

Kristine Hermosa Orille (lahir 9 September 1983) atau lebih dikenali sebagai Kristine Hermosa atau juga nama perkahwinannya Kristine Hermosa-Sotto merupakan seorang pelakon dan model wanita Filipina berketurunan Sepanyol.

Beliau terkenal menerusi gandingannya bersama Jericho Rosales menerusi telenovela Pangako Sa ‘Yo, Sana’y Wala Nang Wakas dan Dahil May Isang Ikaw.

Kristine, mesra dengan panggilan Tin-Tin ialah anak kedua kepada empat beradik, kakak sulung beliau ialah Kathleen, dua adiknya ialah Maxine dan Joshua. Etnik beliau adalah Sepanyol/Filipina, ibunya, Maria Alma Hermosa berketurunan Sepanyol dan bapanya, Maximilian Orille berwarganegara Filipina.

Untuk nama pentas, beliau menggunakan nama keluarga ibunya “Hermosa”, kerana ia menarik perhatian kerana perkataan diterjemahkan kepada “indah”. Pada 21 September 2004, beliau berkahwin dengan pelakon Diether Ocampo. Perkahwinan mereka berakhir sejurus selepas dan secara rasmi dibatalkan pada 30 Januari 2009.Kristine berkahwin dengan pelakon dan pengacara Oyo Sotto pada 12 Januari, 2011. Mereka mempunyai tiga orang anak, dan menjangkakan kelahiran bayi keempat mereka pada 2016.

Kerjaya lakonan

Bakat beliau mula dikesan pada usia 12 tahun ketika kakaknya, Kathleen diujibakat untuk persembahan di ABS-CBN. Beliau telah diberi peranan dalam siri drama mingguan 1998, Sa Sandaling Kailangan Mo Ako.

Pada tahun 2000, beliau telah diberi peranan dalam drama lipur lara, Pangako Sa ‘Yo. beliau membintangi filem Forevermore, yang dikeluarkan pada tahun 2002. Antara 2003 dan 2004, Kristine membintangi Sana’y Wala Nang Wakas.

Beliau juga memainkan peranan utama dalam siri ini televisyen Til Death Do Us Part pada tahun 2005. Hermosa muncul dalam Gulong ng Palad dan Prinsesa ng Banyera masing-masing pada 2006 dan 2007 dan pada tahun 2009 dalam Dahil May Isang Ikaw.

Projek terakhir beliau bersama ABS-CBN sebelum berpindah ke GMA Network ialah siri aksi fantasi Noah di mana beliau memegang watak Diwata, rakan sejawatannya dari dongeng dalam mitologi Filipina.

Ost Pengako Sayo:

Sumber: NaluriKini

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*