Langkah Demi Langkah: Cream Puff

Hidangan pemanis mulut atau dessert memang digemari seisi keluarga. Mungkin ada yang menganggap cara menyediakannnya agak sukar tapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Jom kita cuba langkah mudah ini. Pasti anak-anak tersenyum riang apabila dapat menikmati dessert yang sedap hasil air tangan ibu mereka sendiri.

BAHAN-BAHANNYA:

125 gm tepung gandum

2 sudu teh serbuk penaik

100gm mentega

250ml air

1 sudu teh gula

1 sudu teh esen vanila

3 biji telur

CARA-CARA MEMBUATNYA:

 

1. Panaskan air bersama gula dan mentega di dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.

 

2. Pukul semua telur di dalam bekas yang lain. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga sebati.

 

3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan  menggunakan nozzle bentuk bintang.

 

4. Sediakan kastard segera  bersama air panas.Kacau sehingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.

 

5. Bakar puff di dalam ketuhar pada suhu 200C selama 25 minit.  Pastikan puff benar-benar masak sebelum diisi dengan kastard. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan masukkan inti kastard.

Tip Masakan:  Semburkan air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar di dalam ketuhar sehingga permukaan puff  bertukar warna coklat. Pastikan kedudukan dulang ditengah-tengah ketuhar  supaya permukaan dan bawahnya masak dengan sekata.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.

Tempoh penyediaan: 20 minit

Hidangan: 7 orang

Sumber : mingguan wanita

Facebook Comments

Loading…