[VIDEO] Wow, Sungguh Kreatif & Unik! Kek Ini Akan ‘Mencair’ & ‘Mengalir’ Sebaik Sahaja Kertas Pembalutnya Ditarik.

Kek merupakan hidangan pencuci mulut yang sentiasa menjadi kegemaran ramai ketika sambutan majlis hari jadi, majlis perpisahan, perayaan dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis kek dan perisa yang boleh didapati namun pernahkah anda melihat kek yang ‘melimpah’?

Kiss Cake adalah sebuah kedai kek di China yang menjadi tular di internet kerana mempamerkan idea kek yang sungguh menakjubkan dan membuatkan kita semua kecur air liur…

Anda pasti pernah melihat kek lava di mana sebaik sahaja anda memotong kek tersebut, akan mengalir cecair likat di bahagian dalam kek tersebut.

Tetapi berbeza kali ini, anda perlu menarik keluar kertas pembalut di sekeliling kek itu untuk mendapatkan ‘gimik’ kek mencair yang sungguh memukau!

Walaupun idea untuk menghasilkan kek seperti ini sangat unik, masih ada segelintir individu yang meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan idea tersebut.

Ada yang menyatakan kek seperti itu langsung tidak menarik dengan menyatakan:

“Saya mahu makan kek, bukan ‘minum’ kek”.

Namun sejujurnya, setiap individu terutamanya pembuat kek mempunyai hak untuk mempamerkan kreativiti mereka di tahap yang luar biasa. Idea yang menarik, unik dan sangat kreatif!

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:erabaru

Facebook Comments