“Keluarga terkejut, betul ke kenal dalam game?” – Pasangan Polis Dan Tenter4 Selamat Berkahwin Selepas 5 Bulan Kenal Melalui Permain Video

SEIRING perubahan zaman, cara bertemu jodoh juga sudah berbeza.

Selain kewujudan aplikasi ‘dating’ seperti Tinder, ada juga pasangan yang bertemu jodoh menerusi permainan video, Player Unknown’s Battleground (PUBG).

Terbaharu, kisah pasangan tentera dan polis yang bertemu dalam PUBG turut mencuri tumpuan.

Bercerita kepada mStar, anggota polis yang bertugas di Rompin, Pahang iaitu Irna Izzany Khairuddin mengakui permainan popular itu menjadi titik tolak kepada hubungan mereka sehingga sah menjadi suami isteri pada Jumaat lalu.

Kreatif! Kad undangan perkahwinan mereka yang berkonsepkan permainan PUBG.

“Mula-mula kami main game Rules of Survival, selepas tu baru main PUBG. Kami banyak komunikasi dalam game je.

“Lepas tu bertukar-tukar nombor telefon, tu pun sebab nak on game sekali. Kenal pun dalam bulan Mei tahun lepas.

“Hujung tahun kami bertunang dan Jumaat lepas kami nikah,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Main game ni sebenarnya atas diri kita. Kena pandai atur masa. Janganlah sampai waktu kerja pun nak main game.

IRNA IZZANY KHAIRUDDIN

Mesra disapa Dikna, dia memaklumkan suaminya, Mohd Azmil Shahrizal Harun merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertugas di Kepala Batas, Kedah.

Selain cinta jarak jauh sebelum berkahwin, pasangan yang masing-masing berusia 24 tahun itu juga terpaksa berjauhan selepas mendirikan rumah tangga.

Namun kata Dikna, PUBG menjadi platform utama untuk mereka berkomunikasi sambil bermain game kegemaran.

Mereka berkenalan menerusi PUBG pada tahun lalu.

“Sebelum ni pun kami memang jarang jumpa, sebab jauh. Dah terbiasa.

“Banyak sembang dalam game. Saya main game dulu pun sebab bosan, kerja jauh dari keluarga.

“Bila cuba main game tu, jumpa kawan-kawan baru, boleh kenal ramai orang dan boleh sembang-sembang,” katanya lagi.

Sebelum melangkah ke fasa serius, Dikna berkata keluarganya juga agak terkejut sewaktu memaklumkan dia berkenalan dengan suami menerusi PUBG.

Demi tugas, mereka terpaksa berjauhan biarpun sudah mendirikan rumah tangga.

“Keluarga terkejut, betul ke kenal dalam game? Kawan-kawan pun ada yang terkejut.

“Dah jodoh jumpa dalam tu. Mak ayah pun terkejut, tapi mereka kata benda baik, teruskan je lah.

“Main game ni sebenarnya atas diri kita. Kena pandai atur masa. Janganlah sampai waktu kerja pun nak main game,” katanya lagi.

Hantaran PS4 untuk suami Dikna.

Obses dengan permainan popular itu, Dikna dan suami turut menghasilkan kad undangan perkahwinan berkonsepkan PUBG.

Malah, dia turut menghadiahkan permainan Sony PlayStation 4 (PS4) kepada suaminya itu.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung di kediaman Dikna di Kulim, Kedah pada Jumaat dan Sabtu lalu manakala majlis bertandang ke rumah suaminya di Jeli, Kelantan akan berlangsung pada minggu depan.

Sumber: mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*