Kecomelan Anak Fizo & Mawar, Cik Yam Persis Anak Patung Buat Netizen Cair

Memang macam anak patung! Beberapa keping foto anak perempuan milik pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam tular di media sosial.

Dalam foto yang tular itu, Maryam atau lebih popular dipanggil Cik Yam dipakaikan rambut palsu panjang paras pinggang dan dirakamkan dalam pelbagai aksi mencuit hati.

Selain ekspresi wajahnya seakan-akan pasrah disarungkan rambut palsu itu, netizen tidak putus-putus memuji kecomelan Cik Yam yang kini memasuki usia 10 bulan.

Malah, rakan selebriti juga tidak henti-henti memuji kecomelan Cik Yam persis anak patung itu.

“Alamak! Anak patung siapa ni?” soal Tiara Jacquelina berseloroh.

“Aduhai Cik Yam ni comel sangat ni. Gigit kang!” tambah Zarina Zainuddin.

“Ingatkan anak patung, rupa-rupanya anak Fizo,” tulis Linda Onn.

“Ya Allah! Ingatkan anak patung,” puji bakal ibu, Mawar Rashid.

“Oh mai! So cute!” tambah Zulin Aziz.

Ada juga yang memuji kecomelan Cik Yam persis anak pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 manakala Maryam dilahirkan pada Disember 2017.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:gempak

Facebook Comments