Ikuti Cara ‘Power’ Yang Dapat Membantu Anda Membersihkan Rumah Dengan Lebih Pantas Dan Berkesan.

Menurut kajian, manusia menghabiskan purata 1,140 hari sepanjang hidup dengan membersihkan rumah. Ini bermakna mereka memperuntukkan purata 2 jam sehari dengan kerja membersih di rumah. Terdapat beberapa petua dan cara supaya anda dapat menjalankan kerja pembersihan di rumah dengan lebih pantas. Dan terdapat juga cara lebih berkesan bagi anda mengekalkan kebersihan itu selama seminggu tanpa mengambil masa membuat kerja rumah itu setiap hari.

Di bawah adalah 10 petua mudah yang dapat membantu anda membersihkan rumah dengan lebih pantas dan berkesan.

1.Mulakan dengan mengasingkan benda yang tidak perlu.

Kredit : depositphotos.com

Kadangkala anda hanya mahu mengemas dan mencuci dengan pantas, sehingga tidak mempedulikan kerja mengasing barang. Apabila mengemas tanpa mengasingkan barang yang tidak perlu, ia akan hanya mengambil masa.

Jadi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengasingkan benda yang tidak perlu apabila mengemas dan menyusun barang. Asingkan buku, barang permainan, barang elektronik dan lain-lain ke tempat asal sehingga bilik nampak lebih kemas, dan kemudian baru mulakan kerja mengemas dan mencuci.

2.Gunakan beg sampah

Bawa beg sampah semasa sedang mengemas kerana anda boleh terus mengutip barang yang tidak perlu dan sampah yang telah dibuang dari tong sampah di setiap bilik.

Ini akan menjimatkan masa anda berulang alik untuk mengutip sampah di setiap bilik. Sebagai tambahan, cuba buang segala barang yang tidak lagi anda gunakan sejak 10 hingga 12 bulan yang lalu. Jadi rumah anda nampak lebih lapang dan kemas sekiranya tiada sampah lapuk yang disimpan.

3.Bawa penyimpan perkakas mencuci bersama anda.

Kredit : depositphotos.com

Sebelum memulakan kerja pembersihan, kumpul semua alat pencuci seperti kain pengelap, span penyental, berus, pencuci pembasmi kuman dan sabun pencuci ke dalam satu baldi. Kemudian bawa bersama anda apabila mahu mengemas dan mencuci setiap ruang dan bilik.

4.Buang dan cuci habuk terlebih dahulu, kemudian baru vakum.

Kredit : depositphotos.com / depositphotos.com

Kerja memvakum dan mengelap lantai dan permukaan adalah kerja paling berat sekiranya habuk tidak dibuang terlebih dahulu. Jadi, untuk memudahkan kerja memvakum dan kerja mengelap selepasnya, buang segala habuk di setiap permukaan di rumah terlebih dahulu menggunakan kain atau tisu khas penyerap habuk, jika boleh dengan jenis mikro fiber. Kemudian baru vakum dan lap.

5.Mencuci dan membersih menggunakan pelan dan corak.

Kredit : depositphotos.com

Mungkin perkara ini bukan sesuatu yang logik untuk difikirkan oleh sesetengah orang yang tidak cerewet, tetapi ia satu cara yang berkesan jika dapat dipraktikkan. Walaupun cara ini nampak memenatkan, tetapi ia akan menjimatkan masa untuk membersih di kemudian hari.

Fikirkan rumah anda itu kotor semuanya, dan bersihkan setiap penjuru. Bermula mengikut corak dari bahagian kiri rumah dan akhirinya di bahagian kanan. Dengan cara ini kesemua bahagian rumah dapat dikemas dan dibersihkan secara keseluruhannya.

6.Jangan menyental, hanya menyembur.

Kredit : depositphotos.com /depositphotos.com

Anda akan dapat menjimatkan masa sekiranya hanya menyembur semua permukaan dengan pencuci dan tidak menyentalnya dengan span. Apa yang perlu dilakukan ialah pergi ke setiap bilik dan sembur pencuci ke bahagian permukaan yang hendak dicuci dari bahagian kiri ke kanan. Biarkan seketika dan ulangi proses yang sama di bilik lain.

Apabila bahan pencuci sudah menyerap kekotoran di permukaan selama beberapa minit, ambil tuala dan lap semua kekotoran yang telah tertanggal. Ini akan membuat permukaan rumah anda kekal bersih dan bersinar tanpa perlu membuang tenaga dan masa menyental permukaan, hingga membuat rumah anda lebih kotor.

7.Jangan lupa mencuci bahagian ‘baseboard’ dan sudut kecil.

Kredit : depositphotos.com

Kita sering terlupa membuang habuk dan mencuci bahagian ‘baseboard’ dan sudut kecil di dalam rumah, walhal tempat itu menyimpan paling banyak habuk dan kekotoran. Jadi sementara anda membersihkan permukaan di dalam rumah, jangan lupa membawa kain pengelap atau tisu khas pembuang habuk jenis mikro fiber dan bersihkan bahagian ‘baseboard’ dan sudut kecil berdekatan. Mulakan mengelap dari bahagian kiri ke kanan. Dan ia tidak pun mengambil masa yang lama.

8.Vakum perabut termasuk sofa dan tilam.

Kredit : depositphotos.com / depositphotos.com

Perabut seperti sofa dan tilam perlu divakum setiap minggu bagi menjamin kebersihan. Jangan menggunakan ‘roller’ untuk membuang rambut dan habuk, kerana kekotoran masih tidak dibuang sepenuhnya. Sofa dan tilam menyimpan lebih 10,000 kekotoran dan habuk berbanding permukaan biasa. Jadi amat penting ia dicuci dengan kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membuang hama dan bakteria.

9.Guna sabun pencuci pinggan sebagai pencuci tingkap.

Kredit : depositphotos.com / depositphotos.com

Gantikan pencuci tingkap yang biasa dengan cecair pencuci pinggan kerana ia akan mencuci tingkap dan cermin rumah dengan lebih sempurna. Ini kerana molekul dalam cecair pencuci pinggan akan menyerap habuk, kekotoran dan minyak dengan lebih baik apabila bertindak balas dengan air, sehingga membuat permukaan gelas, tingkap dan cermin menjadi lebih bersih dan bersinar.

10.Cuci peralatan rumah yang telah digunakan pada masa itu juga.

Kredit : depositphotos.com / depositphotos.com

Amat penting untuk terus mencuci perkakas terutamanya di bahagian dapur sejurus selepas digunakan, dan bukan menundanya selama beberapa jam atau keesokan harinya. Ini bagi mengelak tindak balas kimia yang akan terjadi sejurus perkakas itu dibiarkan selepas diguna. Perkakasan seperti ketuhar gelombang mikro dan dapur memasak perlu dicuci selepas diguna sementara ia masih dalam keadaan senang untuk dicuci dengan span atau kain pengelap.

Amat payah untuk menyental sekiranya ia telah menyejuk dan dibiarkan kotor dengan makanan dan minyak selepas beberapa hari. Masa membersih rumah anda akan dibuang di situ.

Bonus : Buat perancangan dan jadual mencuci.

Kredit : depositphotos.com

Bagi mereka yang berdedikasi dan rajin berusaha, anda boleh membuat perancangan mencuci rumah secara berjadual dalam memastikan rumah sentiasa bersih dan kemas seperti contoh di bawah.

Harian

  • Kemas tempat tidur.
  • Membersihkan permukaan dapur.
  • Membersihkan permukaan bilik air.
  • Membasuh pinggan.
  • Mengemas tempat bekerja.
  • Sanitasi permukaan rumah.
  • Membasuh pakaian.

Mingguan

  • Vakum dan menyapu rumah.
  • Mengelap lantai.
  • Vakum sofa dan tilam.
  • Menukar cadar dan sarung bantal.
  • Mencuci lantai dan dinding bilik air.
  • Mencuci semua tingkap rumah dan cermin bilik air.
  • Mencuci perkakas dapur.
  • Mencuci cadar dan sarung bantal.
  • Mengelap ‘baseboard’ dan sudut kecil.
  • Mencuci tuala bilik air dan dapur.

Bulanan

  • Membuang dan mencuci segala habuk di lampu dan kipas.
  • Mencuci selimut dan cadar tebal.
  • Mencuci pencuci hampagas.
  • Membuang segala makanan telah luput tarikh.
  • Membersihkan peti sejuk.
  • Membersihkan cerek dan mesin kopi.
  • Membersihkan tong sampah.
  • Membersih dan mengelap kabinet serta almari.
  • Membersihkan peralatan perabot seperti kerusi, meja, katil dan lain-lain.

Sekiranya anda membersihkan rumah secara berkala mengikut keutamaan dengan sedikit kerajinan, maka rumah akan sentiasa bersih dan kemas. Perkara yang mudah sahaja untuk dilakukan.

Sumber : Bright Side

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:khalifahmedia

Facebook Comments