[FOTO] Kehadiran Zirafah Ketika Sesi Fotografi Pengantin Bertambah Ceria & Menarik

Sebuah perkahwinan merupakan peristiwa terbesar dalam hidup mana-mana pasangan kekasih. Pada hari bahagia tersebut, pasangan kekasih ini bukan sahaja disatukan tetapi merupakan peluang untuk mengumpulkan semua ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai untuk meraikan pasangan pengantin.

Namun begitu, ada juga tetamu yang tidak diundang datang ke majlis perkahwinan tersebut! Mungkin mereka datang untuk membuat keadaan huru-hara atau menceriakan suasana?

Seperti pasangan pengantin Luke dan Tristan Karshagen, mereka juga tidak menyangka bahawa mereka akan menerima tetamu yang tidak diundang pada majlis perkahwinan mereka.

Pasangan pengantin yang berasal dari Amerika Selatan ini memilih untuk mengabadikan gambar kenangan mereka di Areena Riverside Resort. Ketika inilah mereka didatangi zirafah yang sekaligus menjadi latar belakang gambar perkahwinan mereka.

Ketika jurugambar sedang merakam gambar pasangan pengantin ini, seekor zirafah tiba-tiba menjengahkan kepalanya untuk melihat apakah yang sedang berlaku di kawasan persekitarannya.

“Kami semua berasa terlalu gembira dan menghentikan apa sahaja yang kami lakukan supaya kami dapat melihatnya. Kegembiraan tersebut tiba-tiba bertukar menjadi gemuruh apabila zirafah tersebut keluar dari pokok dan terus datang ke kawasan kami mengambil gambar.”

Zirafah tersebut berdiri dan memerhatikan pasangan pengantin sebelum mengikut pengapit pengantin untuk menghidu jambangan bunga. Pengapit berasa begitu berdebar apabila zirafah berkenaan mendekatinya namun dia berasa lega apabila menyedari zirafah itu adalah haiwan yang jinak.

Zirafah itu berjalan mendekati Luke dan Tristan dan ketika inilah jurugambar tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar mereka.

Peluang keemasan seperti ini memang sukar untuk ditemui dan mereka telah menggunakannya sebaik mungkin. Mereka merakam seberapa banyak gambar yang boleh.

Mereka berasa begitu bertuah kerana dapat merakam gambar dengan haiwan sebesar itu sebagai latar belakang pemandangan. Inilah pengalaman yang paling menakjubkan. Zirafah tersebut memberi pelukan kecil kepada Luke dan Tristan sebelum berpaling dan pergi dari kumpulan pengantin tersebut.

Sumber: HAPPIEST

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:erabaru

Facebook Comments