Disenarai Hitam Punca Maya Matahari Tidak Sertai Gegar Vaganza?

Isnin yang lalu senarai peserta Gegar Vaganza musim keempat telah pun diumumkan dengan menyaksikan tema pada tahun ini adalah Nusantara yang turut menampilkan penyanyi dari Singapura dan Indonesia.

Ketiadaan Maya Menjadi Tanda Tanya

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon yang dikenali sebagai Maya Matahari atau lebih mesra disapa sebagai Maya digembar-gemburkan sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza 4. Namun ketiadaan beliau tersenarai sebagai 12 peserta Gegar Vaganza menjadi tanda tanya ramai pihak kerana sebelum ini pada ketiga-tiga musim Gegar VaganzaMaya telah hadir untuk ujibakat namun tidak berjaya menempatkan diri.

Saya Bukan Disenarai Hitam

Segala persoalan mengenai ketiadaan beliau terjawab, apabila Maya atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee menerusi sumber Berita Harian, beliau tidak hadir pada ujibakat Gegar Vaganza musim keempat. Malah beliau turut menolak soal disenarai hitam atau apa-apa sebarang spekulasi yang timbul kerana beliau sememangnya akur dengan ketentuan rezekinya yang tidak berpihak di program realiti ini.

loading...

Bakal Muncul Dengan Album Keempat

Tidak mudah melatah dengan nasib yang tidak menyebelahinya, Maya kini dikhabarkan dalam proses pembikinan album keempatnya. Tambah Maya, album Maya yang terbaharu bakal diterajui oleh komposer dan penyanyi, Tam Spider. Beliau turut bersyukur kerana syarikat rakamannya sering kali menasihati beliau mengenai karier dan bakal masuk ke studio bagi merakamkan lagunya satu per satu.

Rasanya sudah ramai yang tidak sabar dengan Gegar Vaganza bukan? Konsert mingguan GV4 ini bakal disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, mulai 29 Oktober sejurus tamatnya Konsert Akhir Akademi Fantasia Megastar.

loading...

Sumber: Hangat.com

Facebook Comments