“Dia sudah bercer4i” – Sahabat Dedah Kisah Percer4ian Rihana Oksana, Balik Negara & Sertai ‘Miss Russia’

Kemelut percer4ian Sultan Muhammad V dan Rihana Oksana Gorbatenko menjadi perbualan ramai namun sehingga kini masih belum ada penjelasan atau pengesahan daripada kedua-dua pihak.

Terbaru, menurut Sinar Harian, seorang sahabat Rihana mengesahkan yang bekas Miss Moscow itu telah bercer4i dengan Sultan Muhammad V. 

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Instagram

Malah, Tatyana Andreeva sendiri telah memberi kenyataan kepada akhbar tempatan Rusia, Komsomolskaya Pravda, Rihana sudah pun kembali ke Rusia untuk sertai pertandingan Ratu Cantik Rusia atau Miss Russia pada 26 Jun lepas.

Dia menyertai pertandingan ini dan sudah pun bercer4i. Kini dia menetap di Moscow.”

Sumber: Instagram

Evgeny Tarlo, peguam kepada Rihana bagaimanapun mendakwa anak guamnya itu tidak menerima sebarang dokumen rasmi berhubung perceraiannya. Menurutnya, berita tentang percer4ian itu hanyalah khabar angin yang disebarkan media.

Kami tidak menerima sebarang dokumen rasmi. Kami tidak tahu apa-apa.”

Sumber: The Sun

Terdahulu, Awani melaporkan Rihana, 27, telah dicer4ikan tal4k tiga berdasarkan satu sijil percer4ian rasmi yang sudah mendapat kelulusan Mahkamah Syariah Kelantan.

Pihak Istana Kelantan turut menggesa rakyat Malaysia agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang tersebar di media sosial dan ia merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V melalui Instagram.

Sama samalah kita tunggu kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak… Doakan yang baik-baik…

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*