Datin Alyah Suka Cuba Pelbagai Gaya Pakaian Yang Sesuai Dengan Penampilannya

Penyanyi Datin Alyah suka mencuba pelbagai gaya terbaru yang sesuai dengan penampilan dan usianya.

Menurut Alyah, dia lebih suka menggayakan pakaian yang selesa, modern dan tidak keterlaluan.

“Saya bukanlah seorang yang cerewet dalam aspek penggayaan diri, tetapi saya cuba untuk mengikut trend semasa.

“Saya cuba saja pelbagai gaya, tetapi kadang-kadang tak sesuai juga dengan saya,” katanya.

Pada masa yang sama, Alyah turut memuji pihak Warner Music Malaysia kerana menyediakan khidmat jurugaya bertauliah untuk menggayakan dirinya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini sedang merancang untuk menghasilkan sebuah single yang menonjolkan kelainan berbanding konsep nyanyiannya sebelum ini, ia dijangka akan menemui peminat pada tahun hadapan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:gempak

Facebook Comments