[VIDEO] “Walaupun Hanya Watak Pembantu, Tapi Saya Akan Buat Yang Terbaik” – Rozita Che Wan

Pelakon Rozita Che Wan mengakui tidak kisah jika hanya ditawarkan untuk melakonkan watak pembantu sahaja dalam drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan.

Menurut Menurut Rozita Che Wan atau Che Ta, dia mahu setiap watak yang diberikan dapat memberi kesan kepada penonton.

“Memang watak itu sekadar watak pembantu tapi dalam setiap episod akan ada wajah saya.

“Walaupun kemunculan saya tak banyak, tapi saya harus lakukan sesuatu agar ia dapat memberi kesan kepada penonton.

“Penampilan saya dalam drama ini akan membuatkan orang ramai marah kerana kata-kata yang dilontarkan pedas,” katanya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Lelaki Kiriman Tuhan, di Ombak Villa, Langkawi, baru-baru ini.

Selain Che Ta, drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh Mira Filzah, Harris Anuar, Remy Ishak, Faez Nik, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.

Turut diperkenalkan bintang baru Uyaina Arshad iaitu bekas pengacara Nona, Riana AF, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.

Drama Lelaki Kiriman Tuhan ini akan disiarkan setiap hari Isnin pada pukul 9malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) & Maya HD (saluran 135).

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:gempak

Facebook Comments