Che Ta Akui Bawa Tukang Masak Ketika Bercuti

Pelakon Rozita Che Wan mengakui membawa tukang masak peribadi ketika bercuti ke luar negara.

Menurut Rozita Che Wan atau Che Ta, perkara itu dilakukan kerana ingin memudahkan keluarganya untuk menikm4t1 makanan enak ketika berada di negara orang.

“Selain photographer saya juga membawa seorang tukang masak ketika berada di luar negara.

“Perkara ini dilakukan sejak dulu lagi kerana saya ingin memudahkan ahli keluarga menikm4t1 hidangan yang enak ketika berada di luar negara.

“Ini kerana ketika berada diluar negara susah nak cari makan melayu jadi cef yang saya bawa itu akan masak makanan yang kami inginkan.

“Saya rasa tidak salah untuk berkongsi rezeki dengan orang lain kerana dalam masa yang sama cef itu dapat bercuti juga bersama kami sekeluarga,” katanya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama Lelaki Kiriman Tuhan, di Ombak Villa, Langkawi, baru-baru ini.

Selain Che Ta, drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan turut dibintangi oleh Mira Filzah, Harris Anuar, Remy Ishak, Faez Nik, Kartina Aziz, PU Azman, PU Riz, Jasmin Hamid, Maria Farida dan ramai lagi.

Turut diperkenalkan bintang baru Uyaina Arshad iaitu bekas pengacara Nona, Riana AF, Ali Redza, Hanis Nabeela dan Farah Safwan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:gempak

Facebook Comments