Bila Anak Suka Makan Aiskrim, Berikan Yang Satu Ni. Lebih Sedap & Berkhasiat!

Kalau boleh, anak-anak kita ini tiap-tiap hari selepas pulang dari sekolah nak makan aiskrim. Lebih-lebih lagi kalau cuaca panas, seakan aiskrim adalah pilihan terbaik untuk menghilangkan rasa tekak yang kering ketika itu.

Tapi bila ini yang sering diamalkan oleh anak-anak, mesti kita sebagai ibu akan rasa tidak selesa dan bimbang juga dengan kesannya terhadap kesihatan anak. Kalau boleh kita ingin pastikan makanan yang diambil adalah yang berkhasiat!

Oleh itu, sebagai alternatif ada baiknya ibu-ibu buat sendiri aiskrim dengan menggunakan bahan-bahan yang lebih sihat. Resipinya cukup mudah dan ini telah dikongsi oleh Salwa Mohd Saleh di dalam fbnya. Nak tahu lanjut, jom semak.

 

 “Mari saya ajarkan cara buat aiskrim yang sihat, berkhasiat tanpa gula tambahan! Senang dengan 3 langkah mudah sahaja. Susu yang saya pakai pun susu segar, bukan pemanis tiruan atau minyak/lemak tumbuhan yang dipanggil ‘susu’. Yogurt juga dari yang asli tanpa sebarang pewarna atau perisa. Bagi warna-warni menarik, saya gunakan buah-buahan asli!” 

Ini satu alternatif buat mereka yang ingin makan aiskrim dan nak cuba sesuatu lebih sihat untuk keluarga.

Bahan-bahan:

1 kotak besar susu segar

1 botol air yogurt segar tanpa pewarna atau perisa

Buah-buahan pilihan anda

Plastik/acuan aiskrim

Langkah 1: Potong buah-buahan mengikut potongan dadu sampai kecil

Langkah 2: Masukkan buah ke dalam mangkuk besar dan campurkan susu dengan Yogurt hingga sebati

Langkah 3: Masukkan berhati-hati ke dalam plastik aiskrim dan ikat

Siap!!

 Tip tambahan: 

  1. Boleh masukkan apa yang anda suka seperti kismis atau chia seed. Cuma saya tak pasti macam chia seed tu akan kembang atau tidak. Boleh la cuba kalau nak.
  2. Sejukkan dalam peti sejuk bahagian beku dan boleh dinikmati dengan enak tanpa rasa bersalah sebab ianya memang penuh khasiat!

Selamat mencuba

SUmber: Keluarga.my

Facebook Comments