Bella Dally kini isteri Arif Izuddin

PELAKON Bella Dally selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin dengan sekali lafaz pada pagi Ahad.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan di Putrajaya kira-kira pukul 9.30 pagi yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekatnya.

Arif, 34, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 kepada Bella pada majlis itu.

Untuk rekod, pasangan itu bertemu pada Ogos tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan hanya selepas lima bulan berkenalan.

Rombongan meminang Bella diadakan di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Januari lalu.

Ini adalah perkahwinan kedua Bella.

Bella atau Nabilah Ali Dally, 27, sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercerai pada 2 Mei 2018.

 

View this post on Instagram

 

Busy day.. It’s time to sleep. Good night lovelies ✨ . . . Scarf: Allure @galeriariani

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

 

View this post on Instagram

 

Menghitung hari… Wearing this month’s capsule collection “Allure” by @galeriariani. More to come 🌹

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

Artikel Berkaitan: Tahniah! Bella Dally Selamat Bertunang

Pelakon Bella Dally mengumumkan telah selamat melangsungkan pertunangan pada 12 Januari lalu.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Expect the unexpected and trust your journey. Accept whatever befalls you.

“Assalamualaikum everyone, I got engaged on 12.01.2019.

“I would like to thank all of you of prayers, love and support.

“It is true, Allah’s timing is perfect,” tulis Bella.

Rata-rata rakan artis dan peminat Bella mengucapkan tahniah kepada Bella serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Bella tidak mendedahkan siapa jejaka yang menjadi pilihan hatinya.

Terdahulu, Bella berkahwin dengan aktor Nazim Othman pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Thank you so much for the prayers and wishes everyone! May Allah bless you and ease everything for us 💛

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*