Bahaya Memberi Air Minum Kepada Mangsa Kemalangan

Kenapa kita tidak di anjurkan memberi Air minum kepada mangsa kemalangan? Bila seorang terlibat dalam kemalangan tentu banyak anggota badan yang akan merasa sakit impak daripada hentakan yang berlaku.

Sama halnya dengan menolong dan mengalihkan mangsa kemalangan dalam keadaan tertentu,seperti patah tengkuk,kaki dan tangan,kita sebenarnya tidak di anjurkan melakukan apa apa tindakan dalam situasi ini kecuali memaklumkan kejadian pada pihak yang berwajib.

Nampak kejam dan tidak berperi kemanusiaan, tapi tahukah anda kecederaan yang mangsa alami?

Mungkin mangsa cedera ditengkuk yang kalau tersalah angkat akan lebih memudaratkan keadaan mangsa,elok elok mangsa hanya patah tulang rusuk,tapi dengan cara kita yang mengangkat mangsa yang salah berakibat fatal kepada jantung dan lain lain.

Begitu juga lah dengan memberi mangsa kemalangan air minum,kebanyakan mangsa kemalangan akan meminta air untuk minum,dan sudah pasti orang yang perihatin akan memberikannya konon membantu mangsa kemalangan.

Untuk pengetahuan umum dalam situasi mangsa kemalangan,jantung mereka akan berdegup dengan kuat,malah nadi pun akan turut serta,bila ada orang memberikan air pada mangsa,dan mangsa minum dalam keadaan jantung berdengup kuat,ia boleh memberi impak tidak baik kepada mangsa.

Bahkan boleh lebih teruk, seandainya mangsa mengalami kecederaan dalaman,ia boleh menyebabkan mangsa memuntahkan balik air minuman dan memasuki paru paru hingga menyebabkan jangkitan kuman.

Seperti dalam satu pengalaman,yang di kutip dari portal Ceritaenjoy,beliau berkata isterinya terlibat dalam satu kemalangan dan meminta air,tapi beliau tidak bagi.

Bila Dr melakukan X-tray,usus perut isterinya terkoyak dan berlobang dengan 3 bagian,dimana setiap bagian mengeluarkan makanan dalam setiap lubang,anda sendiri mungkin boleh banyakan kalau ketika itu beliau memberi air minum kepada isterinya di hari kemalangan.

Ada beberapa negara di dunia ini yang melarang orang awam untuk menolong mangsa kemalaangan,termasuk china yang paling dikenali,selain harus bertanggung jawab kepada mangsa,virus penyakit berjangkit juga berperan penting kepada wujudnya undang undang ini,contohnya HIV yang berjangkit dengan sentuhan darah.

Akhir sekali jika anda merasa tidak memiliki pengalaman apa apa dalam perubatan terutaman dalam situasi kemalangan tertentu,cubalah dengan cara lain seperti menghubungi pihak yang berwajib ataupun ahli keluarga mangsa.

Info tambahan:

Kepada ibu bapa yang memiliki anak lasak,juga di anjurkan untuk tidak memberi anak anda terus minum air selepas mereka melakukan aktiviti lasak,sebaiknya suruh mereka berehat sekejab sebelum minum untuk menurunkan degupan jantung dan nadi.

Karena hal ini boleh mengakibatkan kanak kanak muntah dan kesannya kepada paru paru.Disyorkan oleh doktor pakar.

Sumber : eberita

Facebook Comments