“Anak Ke-4 Dengan Orang Lain, Anak Ke-5 Dengan Orang Lain” – Reaksi Elly Mazlein Kepada Bekas Suami

 

Kisah diantara pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dengan Faye Kusairi seperti tiada penghujungnya apabila sebelum ini terlalu banyak cerita yang melibatkan mereka berdua.

Ia bermula apabila Faye did@kwa menjadi punca keretakan rumah tangga Elly dan juga bekas suaminya iaitu Azmi Hatta tetapi walau bagaimanapun ia telah dinafikan sendiri oleh Faye dan Azmi.

Azmi pula menegaskan bahawa keretakan rumah tangga mereka adalah berpunca dengan sikap Elly sendiri dan bukanlah Faye.

Baru-baru ini Faye ada memuat naik status beserta gambar di akaun Twitter miliknya seperti dibawah:

Hal itu juga telah menarik perhatian Elly sehingga ia menyebabkan Elly juga ada memuat naik gambar beserta kapsyen dan hashtag yang seolah-olah ditujukan kepada Faye.

Rata-rata netizen yang melihat gambar itu juga seakan-akan sudah mengetahui siapakah individu yang disebut oleh Elly Mazlein menerusi hashtag beliau dan netizen juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen berhubung gambar tersebut.

Walau bagaimanapun, Elly juga ada membalas komen salah seorang pengikutnya di ruang komen beliau yang seakan-akan menjelaskan sikap bekas suaminya itu.

Hmm kalau betullah ia ditujukan untuk Faye Kusairi dan Azmi Hatta, semoga hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Yela, dunia industri hiburan di Malaysia tak adalah besar mana pun kan? Pusing-pusing jumpa juga nanti.

Bintang Gegar Vaganza 3 (GV3), Elly Mazlein memberikan bayangan hatinya kini sudah miliki.Menerusi entri terbaharu di Instagram, Elly mendedahkan jejaka berbaju biru lembut yang ‘disembunyikan’ wajahnya itu merupakan kekasihnya.

“Ini Papa ya, boyfriend Mama. Sambil tangan memetik bunga kekwa sambil menyelit bunga itu di cuping telinga.

“Ini bukan Uncle Butuq (daddy).

“Moga bahagia milik Putra Sara Sefhia dengan lelaki baru dalam hidupnya,” tulis Elly bersama tanda pagar #AwanNano dan #TqPapa.

Elly juga turut berkongsi perubahan anak tunggalnya, Sefhia yang kini lebih akrab dengan lelaki terbabit.

“Kakak Lina nak tanya, anak ni kalau ada papa baru dia, mama memang kena pandai-pandai bawa diri ya. Memang tak laku ya…

“Kalau nak makan tak nak duduk dekat baby chair, mesti nak duduk dekat riba Papa.

“Lepas tu asyik nak dukung je, tak mahu jalan. Memang macam tu ke?

“Kak Lina tanya sebab tak pernah merasa sebelum ini,” soal Elly.

Elly yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada November 2014.

Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly hamil empat bulan.

Sumber – suria & Astrogempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*