Alif Satar Tidak Jangka Menang

SELEBRITI sentiasa menjadi suriteladan bagi peminat mereka. Namun, mereka sebaliknya pula pasti ada ikon yang dijadikan contoh untuk kerjaya dan kehidupan.

Bagi artis serba boleh Alif Satar, dia meletakkan dua nama iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sebagai idolanya.

Baginya, dia membesar dengan menonton karya-karya mereka dan sentiasa meletakkan sasaran untuk menempa kejayaan seperti dua figura hebat itu.

“Setiap kali diwawancara media, saya akan bercerita perihal bagaimana saya mengagumi dua sosok yang sangat besar namanya dalam industri senitanah air.

“Mereka ialah Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Kedua-dua ikon ini banyak mempengaruhi kehidupan saya sebagai anak seni,” katanya.

Menurut Alif, dua idolanya itu contoh terbaik sebagai penghibur.

“Mereka penghibur sebenar di pentas seni.

Kedua-duanya hidup pada era berbeza dan menempa kejayaan dalam perjalanan seni masing-masing.

“Selama 12 tahun bekerja keras dalam industri, saya sentiasa meletakkan kejayaan kedua-dua mereka sebagai sasaran dan nak jadi seperti mereka,” katanya.

Ditanya mengenai kemenangannya dalam kategori Artis Versatil Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH31) baru-baru ini, Alif menganggap satu penghargaan buat dirinya.

“Ia adalah tanda penghargaan peminat kepada saya kerana mereka yang mengundi dan menjamin kemenangan ini. Saya sendiritidakmenjangka akan menang,” katanya.

Menurut Alif lagi, dia tidak menjadikan kemenangan dalam mana-mana acara anugerah sebagai objektif sepanjang melakukan tugas sebagai anak seni.

“Langkah saya bermula sebagai penyanyi dan kemudian menjadi pengacara serta pelakon.

“Jujur, saya tak pernah meletakkan anugerah sebagai objektif utama.

Namun, apabila menerima anugerah, ia umpama pengiktirafan untuk anak seni,” katanya.

Ditanya sama ada 2018 menjadi tahun terindah buatnya, Alif mengakuinya.

“Saya sentiasa aktif dalam bidang seni, cuma mungkin kerana lambat dikenali, perkembangan kerjaya saya perlahan berbanding artis lain.

“Tidak dinafikan, tahun ini nama saya lebih melonjak berbanding dulu.

“Diharap kemenangan ini bukanlah satu-satunya kejayaan saya dan sentiasa berdoa agar kembara seni saya teru s berkembang dan lancar,” katanya yang masih lagi mengacarakan program It’s Alif siaran ntv7.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:hmetro

Facebook Comments