Alhamdulillah, Bakal Timang Cahaya Mata Kedua, Nubhan & Isteri Babymoon Di Bali

Penyanyi Nubhan teruja apabila isterinya, Afifah Hidayah Taufek, 27, kini hamil anak kedua mereka.

Pemilik nama sebenar  Ahmad Nubhan Ahamad, 32, dan isteri kini berada di Bali untuk percutian ‘babymoon’ mereka.

Berita itu dikongsi Nubhan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“Perut ibu ni ada baby ke? Kenapa bosar bonar ni??tu la.. abah ajak pg jogging… ibu tak nak ikut.. pergi holiday nak pulak dia….

“Oklah, sebab ibu dah half way there, abah belanje babymoon sebelum ibu terlalu comel untuk berjalan jauh2 Cuba teka adik piya nanti girl ke boy?  #onegoingontwo,” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan Nubhan dilihat mendekatkan telinganya ke perut isterinya seperti mahu mendengar sesuatu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Aafiya Kamilia berusia setahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom like page kami di fb juga @diari dunia

Sumber:gempak

Facebook Comments