Akhirnya, Bekas Tunang Remy Ishak Buka Mulut! Ini Penjelasan Ezza Yusof..

SELEPAS lima hari Remy Ishak mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Ezza Yusof sudah berakhir, ahli perniagaan itu tampil bersuara di Instagram miliknya.

Ezza yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-36 pada Ahad berkata, dia mahu berhenti bercerita atau mengenang kisah lama selain mahu mencipta memori baharu untuk dirinya sendiri.

“Alhamdulillah, selamat ulang tahun kepada saya! Mari kita mulakan hari istimewa ini dengan tenaga baru.

“InsyaAllah mulai hari ini saya akan berhenti menceritakan kisah lama dan memulakan kisah baru untuk diri saya.

Ezza menyambut ulang tahun ke-36 pada Ahad.

“Rahsia untuk berubah ialah dengan memberi fokus kepada tenaga anda bukannya melawan kehidupan lama tapi untuk membina sesuatu yang baru,” tulisnya di Instagram pada Ahad.

Remy pada Rabu mengesahkan bahawa pertunangannya dengan wanita tersebut berakhir sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, pelakon Pujaan Hati Kanda itu berkata ia bukan disebabkan kehadiran orang ketika sebaliknya hubungan dibina hampir dua tahun itu berdepan dengan pelbagai krisis.

Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof mengikat tali pertunangan pada Mei 2017.

Dalam pada itu, Ezza berkata, biarpun melalui saat kesukaran, dia percaya dapat melaluinya dengan baik.

“Saya akan menjadi lebih baik, tiada siapa dapat menghalang atau melambatkan usaha saya. Saya sentiasa ingat semuanya yang berlaku atas sebab tertentu.

“Apa yang berlaku memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk mengeluarkan koleksi baru, berani dan segar,” ujarnya.

“Saya belum mampu…” – Remy Ishak putus tunang!

PERSOALAN mengenai status pertunangan Remy Ishak yang menjadi teka-teki selama ini terjawab apabila aktor ini mengesahkan dia dan Ezza Yusof tidak mempunyai ikatan lagi sejak sebulan lalu.

Mengakui hubungan mereka berada dalam krisis, Remy bagaimanapun menegaskan perpisahan itu bukan berpunca daripada kehadiran orang ketiga seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

“Benar kami sudah putus tunang tetapi apa yang berlaku bukan salah dia (Ezza) kerana dia seorang wanita yang baik dan bukan disebabkan orang ketiga

Gambar kenangan Remy Ishak bersama tunangnya.

“Keputusan ini saya buat dengan berat hati selepas mendapati saya masih belum boleh menjadi seorang lelaki untuk menjaga orang lain dan mendirikan rumah tangga… Saya belum mampu.

“Apabila saya tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini jadi adalah lebih baik saya lepaskan Ezza kerana itu adalah tidak adil untuknya kerana saya tak mahu menahannya dalam hubungan itu,” kata Remy.

Pelakon Pujaan Hati Kanda ini ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Origina pada Rabu.

Remy dan Ezza Yusof bertunang pada Mei 2017.

Status pasangan itu mula menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia mengakui dirinya kembali solo dalam video live di Instagram miliknya baru-baru ini.

Remy Ishak

“Tak apa dik, tak ada orang nak dekat abang dah. Kalau hensem-hensem tak ada orang nak, so kita gemuk pun tak apalah. Kita single kan,” katanya dalam video itu.

Dalam pada itu, Remy berkata, dia tidak menolak kemungkinan hubungan mereka akan kembali bertaut sekiranya mempunyai jodoh pada masa hadapan.

Malah katanya, dia dan Ezza kini berada dalam tempoh bertenang dalam memikirkan hala tuju hubungan mereka malah dia masih belum memulangkan cincin pertunangan secara rasmi kepada keluarga pihak perempuan.

“Kami mungkin bukan lagi pasangan tetapi tetap berkawan baik malah masih bekerjasama sebagai rakan kongsi dalam perniagaan.

“Sekarang saya anggap tempoh bertenang dalam mencuba memperbaiki kelemahan diri yang ada.

“Selebihnya ia terlalu peribadi untuk saya kongsi kepada umum dan berilah ruang kepada kami tambahan pula banyak hati tang perlu kami jaga,” ujarnya.

Sumber  : MStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*