“Abang Tak Balik Malaysia Ke Tahun Ni” – Bila Isaac IN2IT Menyanyi Lagu Raya Buat Ramai Teruja

 

Anggota kumpulan K-Pop IN2IT, Isaac menarik perhatian peminat apabila menyanyikan lagu Selamat Hari Raya nyanyian asal biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Isaac menyanyikan lagu tersebut menerusi siaran langsung aplikasi VLive baru-baru ini.

“Di Malaysia bakal menyambut hari raya tidak lama lagi jadi ada satu lagu raya yang sering dimainkan di Malaysia,” ujarnya.

Isaac kemudiannya mencari lagu tersebut sebelum memperkenalkannya kepada peminat yang menonton siaran tersebut.

Menariknya sebaik sahaja dimainkan, Isaac kelihatan begitu teruja dan gembira sambil menyanyikan beberapa rangkap lagu tersebut.

“Ya inilah lagu yang saya katakana tadi. Lagu ini mempunyai rasa yang menggembirakan, menarikan?” ujarnya.

VIDEO :

Video pendelk VLive itu telah dimuat naik di laman YouTube mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.

“Kenapa aku rasa macam nak nangis ah bila Isaac cerita pasal Malaysia kat member dia,” komen kimkim

“Feeling teruk Isaac, lagi teruk dari aku. Dia pulak yang excited nak raya,” tulis Zafirah Suhairi.

Terdahulu, Isaac merupakan anak Malaysia berasal dari Sabah yang berjaya menempa nama sebagai penyanyi K-Pop di Korea Selatan.

Isaac juga sering mendapat pujian daripada peminatnya kerana begitu merendah diri dan tidak jemu menceritakan tentang keistimewaan Malaysia kepada anggota kumpulannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber: Gempak

Facebook Comments

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*