9 Tips Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin Dengan Cepat & Baik

Rata-rata ibu yang baru melahirkan anak mengalami luka jahitan bersalin. Samaada terkoyak ataupun doktor terpaksa membuat potongan episiotomi untuk memudahkan kelahiran bayi. Jika tak betul-betul dijaga, luka ini lambat baik. Silap hari bulan boleh bernanah dan terbuka. Oh terasa ngilu pula.

Berikut 9 tips supaya luka jahitan bersalin cepat baik.

Mandi Air Suam

  • Sepanjang tempoh berpantang, memang seeloknya gunakan air suam untuk mandi. Termasuk juga mencuci kawasan luka jahitan.
  • Selepas itu, jangan lupa untuk tekap-tekap dengan tuala bersih. Supaya kawasan tersebut kering.

Dedahkan Bahagian Luka

Ambil masa 10 minit sekali atau dua kali setiap kali. Pengudaraan ini penting kerana luka bersalin itu biasanya terlindung.

Guna Pelampung

Jika luka jahitan bersalin merasa sakit, gunakan pelampung kanak-kanak. Letakkan pelampung pada kerusi atau tempat duduk. Atau boleh guna tuala tebal dan bentukkan seperti donut. Kesakitan dapat diatasi.

Guna ‘Ice Pack’

Luka bersalin adakala boleh menjadi bengkak. Jadi bagi mengurangkan bengkak serta rasa sakit. Tekapkan ‘ice pack’ pada kawasan tersebut. Kedinginan dari ‘ice pack’ akan mengebaskan bahagian jahitan.

Tuala Wanita Dalam Peti Sejuk

Pastikan tuala wanita bersih. Ambil dan letakkan di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Fungsinya juga bagi memberikan kelegaan dan elak kesakitan.

Jirus Air

Semasa membuang air kecil atau besar, jiruskan air pada kawasan kaki. Ini dapat mengelakkan rasa sakit pada luka jahitan bersalin.

Senaman Lantai Pelvik

Bagi memastikan peredaran darah yang lancar pada kawasan yang luka, amalkan senama lantai pelvik ini. Senaman ini juga sangat membantu supaya luka cepat sembuh.

Berjalan

  • Elakkan dari asyik duduk. Berjalan perlahan-lahan di dalam rumah.
  • Pergerakan seperti berjalan juga sangat baik supaya luka cepat sembuh.

Makanan Penyembuh Luka

Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Amalkan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Kekurangan nutrisi dan air juga menyebabkan luka lambat sembuh.

Sumber : eberita

Facebook Comments