8 Kesalahan Goreng Bihun Yang Mak-mak Pernah Buat Dalam Tak Sedar, Sebab Tu Keras, Hancur Dan Tak Kenyal

Cuba kongsi berapa ramai mak-mak pandai goreng bihun. Tak semua orang boleh masak bihun sampai jadi lembut, kenyal, sedap dan tak hancur. Biarpun pelbagai tip dicuba, selagi mak-mak tak betulkan kesalahan ini. Memang sampai ke akhirnya bihun yang digoreng akan keras, lembik dan boleh jadi tawar atau terlebih masin.

Bila dah salah masak bihun inilah yang akan jadi:

√     Bihun keras sampai susah nak ‘kokak’
√     Terlampau lembik, benyek pun pernah jadi.. adoiilah.
√     Berpintal-pintal sebab dah terlalu lembik habis dikacau sampai tak sudah.
√     Masin ya amat.. sebab garam tak sekata.

Sebab Itu Tak Boleh Langgar Pantang Larang Goreng Bihun

1. Tak Tengok Arahan Pada Paket

Tengok dekat paket bihun. Apa arahannya. Adakah perlu direndam kemudian tos, atau rendam dalam air panas atau air sejuk.

2. Tak Perasan Bihun Ni Rupa Je Sama Tapi Kekenyalan Berbeza

Kenal dulu sifat bihun. Ada sesetengah bihun mentah yang perlu direndam lama sebelum di masak. Ada yang direndam walau dalam lama pun tetap tak memberi hasil yang baik semasa digoreng. Contoh; bihun Faiza bihun mentahnya keras dan perlu direndam lama. Manakala bihun Eka atau Pama bihunnya cepat lembut bila direndam air.

3. Lupa Uji Bihun Dengan Jari

Air tangan tu kan penting. Jadi gunalah jari jemari itu untuk menguji sama ada bihun yang dah direndam tu lembut atau sebaliknya. Cuba putuskan guna jari tu boleh ke tidak. Kalau senang tu dah cukup lembutlah tu.

4. Tak Ambil Pusing Masa Merendam

Gunakan besen besar semasa merendam bihun. Biarlah bihun tu sampai tenggelam. Kacau-kacaulah sekejap-sekejap, sampai anda dapat merasakan bihun tu lembut.

kesalahan goreng bihun

5. Anggap Lalukan Bihun Bawah Air Dan Tos Tak Penting

Ini kalau rendam dalam air panas, sebaiknya lalukan semula bawah air paip. Jangan pula rendam lama sangat, sampai dah terlalu lembik baru nak lalukan bawah air. Nanti masa menggoreng ia mudah hancur dan tak lagi kenyal. Lepas lalukan bawah air tu barulah toskan. Satu lagi rahsianya kenapa kena lalu bawah air dan tos, sebab nak buang kanji yang ada dalam air rendaman bihun. Jadi bihun tu tidaklah melekat sangat bila dah siap digoreng.

kesalahan goreng bihun

6. Tak Campur Air Masa Menumis

Jika gunakan bihun jenis keras atau kasar, lebihkan air semasa menumis. Nanti bihun akan serap air dan dengan sendirinya akan jadi lembut. Gaullah sampai bihun lembut. Tapi jangan keterlaluan nanti bihun hancur. Katakanlah masih juga keras, tambah sedikit air panas sampai ia jadi lembut.

Kalau suri guna bihun jenis lembut, tak perlulah tambah air yang banyak. Sedikit dah memadai. Bimbang bihun jadi hancur dan lembik.

7. Tak Gunakan Dua Tangan

Hah! ni pelik… masak bihun memang mencabar. Macam nak berkungfu pun iya. Sebab itu, disarankan guna dua tangan masa menggoreng. Sebabnya yang sebelah boleh menggaul, sebelah lagi tangan boleh gaul rata sebatikan rempah/perencah bihun. Jadi ianya tidak berketul dan berpintal.

8. Tak Tahu Bila Nak Masukkan Garam

Jangan masukkan garam sebelum memasukkan bihun. Sebaiknya selepas bihun dimasukkan dalam kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih masin.

sumber

Facebook Comments

Loading…