“Mana Mahu L4riiii” – Puteri Sarah Guna Khidm4t Dua Or4ng P3guam

Ramai mengetahui tentang cerita rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof yang dilanda badai sekitar penghujung tahun lalu.

Terbaru menerusi platform TikTok, Puteri Sarah memuat naik video beserta kenyataan seakan memerli ‘orang ketiga’ dalam hal rumah tangganya itu.

Menurut Puteri Sarah, dia telahpun membuat laporan polis sebelum ini namun tidak meneruskan kerana berasa kasihan, tambahan lagi bapa individu tersebut membuat permohonan maaf bagi pihak anaknya.

Namun akhirnya, Puteri Sarah mendakwa dirinya dikacau teruk seakan tidak berkesudahan hingga dia menggunakan khidmat dua orang peguam untuk ‘menguruskan’ mewakili dirinya.

“Kasihan punya pasal tak proceed, bapa dia minta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam.

“Akhirnya kena kacau double triple teruk, never ending, menyesal tak proceed dulu.

“Now two lawyers coming at you girl, prepare yourself, mana mau lari,” – Puteri Sarah

 

Pautan Video

Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan itu sepanjang durasi video tersebut.

Foto via TikTok Puteri Sarah
Foto via TikTok Puteri Sarah

Sebelum ini, Puteri Sarah pernah mendedahkan anak kepada pelakon Kaza Saisi, Ira Kaza menjadi perosak rumah tangganya bersama Syamsul.

Malah, Puteri Sarah juga pernah berkongsi foto paparan skrin perbualan Ira Kaza bersama suaminya itu.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Summayah.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*