IBU mana yang tidak sayu melihat keadaan anak kecil menanggung derita… Itu yang dilalui penyampai radio Surua FM, Feeya Iskandar apabila anak ketiganya Muhammad Zidane diserang semput.
Menurut Feeya atau mesra dipanggil Cik Piah, 33, anaknya yang berusia setahun itu baru sahaja beransur pulih daripada jangkitan kuman pada paru-paru seminggu lalu.
“Anak saya baru sahaja pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan di hospital akibat jangkitan kuman pada bulan lalu.
“Mungkin juga disebabkan jangkitan tersebut dia mudah kembali semput kerana antibodi bayi masih lagi belum kuat.
“Kami pun ada bawa dia keluar berjalan-jalan dan berjumpa ramai orang, jadi pelbagai faktor yang boleh menyebabkan dia mengalami semput seperti sekarang ini,” katanya kepada mStar.
Bercerita lanjut tentang keadaan bayi itu, kata Cik Piah, Zidane mula batuk teruk sejak Isnin dan dibawa untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
Cik Piah bersama tiga orang anaknya.
Bayi itu kemudian diberi rawatan untuk mengeluarkan kahak selain diberi nebulizer untuk melancarkan pernafasan.
“Dia masih belum tahu untuk keluarkan kahak sendiri seperti orang dewasa. Jadi doktor terpaksa memberi rawatan untuk keluarkan kahak supaya batuknya tidak bertambah teruk.
“Selepas menerima nebulizer di klinik dan beberapa kali di rumah, keadaannya semakin beransur pulih. Namun masih lagi perlu dipantau supaya tidak bertambah teruk,” jelasnya.
Terdahulu, menerusi satu perkongsian di laman Instagram, penyampai segmen Gaya Suria ini memberitahu tidak sanggup melihat keadaan anak itu yang menanggung kesakitan.
Dia juga berharap Zidane akan segera kembali pulih dan tidak mengalami sebarang masalah serius.
“Kalaulah sakit itu boleh dipindahkan, bagi sajalah kepada saya. Biar saya yang sakit kerana tak sanggup melihat anak derita.
Cik Piah dan suami.
“Saya harap tidak ada yang serius dan Zidane akan kembali pulih seperti biasa,” ujarnya.
Cik Piah mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Abd Wahab pada 6 Mei 2015.
Selain Zidane, pasangan itu turut mempunyai dua orang cahaya mata lain iaitu Adam Malique, 4, dan Nuh Arryan, 3.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply