PETALING JAYA – Tidak hanya berpeluk tubuh di Penjara Sungai Buloh akibat tuduhan mengedar d4d4h jenis k4n4bis, penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan lagu baharu di sebalik tirai besi.
Perkembangan terbabit dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi Yasin sebentar tadi.
View this post on Instagram
“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh.
“Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” coretnya.
Lirik lagu berkenaan dimulai dengan frasa ‘bebaskan aku’ seperti meminta pertolongan bahawa dirinya mahu dibebaskan dari penjara.
“Kuutuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat kutitiskan air mata sepi, bila kukatakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.
“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,”
Demikian antara nukilan lirik meruntun jiwa yang dikongsikan dalam Instagram Yasin.
Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera bahawa nama Yasin sebagai komposer sementelah lirik juga ditulis olehnya dan Jo Tan di Klinik Penjara Sungai Buloh.
Turut disertakan latar masa lagu berkenaan ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan Mei 2022.
Sekadar info, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara. – KOSMO! ONLINE
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply