Setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri, juadah dan masakan yang dihidangkan pada hari raya pertama sangat penting dan bermakna. Kalau di Malaysia, selalunya ketupat dan rendang menjadi antara menu wajib kebanyakan umat Islam di sini. Tetapi macam mana agaknya dengan negara-negara lain ye?
Manti (Russia)
Walaupun negara Rusia bukanlah majoritinya adalah beragama Islam namun masih ada kumpulan minoriti yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana. Biasanya mereka akan menghidangkan Manti iaitu hidangan ladu (dumpling) yang diisi dengan inti daging lembu. Manti juga akan dimakan bersama sos mereka yang tersendiri seperti yogurt dan bawang putih.
Kahk (Egypt)
Hidangan manisan ini selalunya akan dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri untuk tetamu yang hadir ke rumah. Kahk mempunyai tekstur seperti biskut dan mempunyai campuran madu dan juga kekacang. Setiap keluarga mempunyai resepi kahk mereka yang tersendiri dan ia selalunya berbeza-beza.
Sheer kurma (India)
Di Malaysia, bihun selalunya digunakan sebagai masakan seperti bihun goreng ataupun dimakan bersama sup. Tetapi di India ianya akan dijadikan sebagai sarapan pagi pada Hari Raya Aidilfitri dengan gabungan susu, kacang, madu dan hirisan kurma.
Opor ayam (Indonesia)
Hidangan raya di negara jiran ini sebenarnya tidak jauh berbeza dari Malaysia terutamanya bahan-bahan yang digunakan. Opor ayam adalah masakan kari ayam versi Indonesia yang menggunakan bumbu atau rempah dari bahan-bahan seperti lengkuas, serai dan banyak lagi. Masakan ini juga akan dimakan bersama-sama ketupat.
Tagine (Morocco)
Mereka yang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Morocco akan menghabiskan hari mereka dengan hidangan penutup dipanggil sebagai tangine. Ia merupakan hidangan daging lembu atau kambing yang direbus bersama-sama sayur atau buah seperti plum dan aprikot.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply