Sarat mengandung anak pertama, Raja Ilya tak larat sedia banyak hidangan raya

DISEBABKAN sedang sarat mengandung anak pertama, pelakon Raya Ilya memberitahu dia tidak banyak melakukan persiapan untuk menyediakan juadah sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kata Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, usia kandungan kini hampir masuk tujuh bulan menyebabkan dia tidak larat untuk melakukan banyak kerja.

“Tahun ini merupakan tahun ketiga saya menyambut raya di Australia. Dua tahun sebelum ini memang meriah dengan masakan, saya sediakan pelbagai juadah dan menjemput ramai tetamu.

“Tetapi disebabkan keadaan diri yang sedang hamil, saya memang tidak larat untuk masak. Kali ini saya akan pergi ziarah rumah rakan-rakan yang juga merupakan warganegara Malaysia di sini.

“Saya hanya masak sedikit sahaja untuk keluarga di pagi raya,” katanya kepada mStar.

Ilya mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara Australia bernama Trent Garret pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga Ilya berpindah ke sana dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akib4t pandemik c0v1d-19 yang melanda.

Walaupun sempadan antarabangsa negara kini sudah dibuka, namun Ilya masih belum berpeluang untuk kembali ke Malaysia kerana bimbang dengan tahap keselamatan dirinya.

“Dalam usia kandungan sekarang ini doktor juga tidak galakkan untuk menaiki pesawat. Saya pun masih bimbang dengan penularan c0v1d-19, jadi lupakan dulu hasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Mungkin selepas bersalin dan semua sudah stabil saya akan pulang. Keluarga di sana juga sangat memahami dan mereka sentiasa memberi semangat,” jelasnya.

raja ilya 22

Ilya bersama suami ketika sambutan raya tahun lalu.

Bercakap tentang kemeriahan berpuasa dan raya di bumi orang, kata Ilya kemeriahan dapat dirasai apabila pergi ke kawasan di mana terdapat ramai penduduk yang beragama Islam.

Dia juga tidak ada masalah untuk mendapatkan bekalan makanan atau bahan mentah untuk menyediakan menu masakan Malaysia di sana.

“Kawasan sekitar rumah saya ramai warga tempatan, jadi jika mahu rasa kemeriahan seperti bazar Ramadan, saya perlu ke tempat lain yang mana ramai penduduk di situ warganegara Malaysia dan beragama Islam.

“Di sini tidak ada masalah nak dapatkan makanan Melayu. Kalau saya mahu masak sendiri pun boleh dapat bekalan seperti ketupat segera dengan mudah. Ada juga bekalan makanan yang dihantar oleh keluarga dari Malaysia,” ujarnya.

 

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*