MENGURUSKAN persiapan raya untuk anak-anak tahun ini pastinya berbeza buat pelawak Shuib selepas pemergian isteri, Allahy4rham Siti Sarah yang men1nggal dun1a pada Ogos tahun lalu.
Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, dia pernah terfikir untuk tidak menyambut raya kali ini kerana masih bersedih.
Namun memikirkan kegembiraan anak-anak, dia ketepikan kepentingan perasaan sendiri agar kemeriahan Syawal terus dinikm4ti.
“Kalau ikutkan fikiran jah4t saya pernah terdetik tak mahu sambut raya tahun ini dan tak perlu membeli baju baharu untuk anak-anak.
“Namun tidak adil jika saya lebihkan perasaan sendiri. Saya kena pentingkan anak-anak kerana mereka gembira mahu sambut raya. Jadi saya akan tetap beli baju baharu untuk raikan mereka,” katanya kepada mStar.
Shuib ketepi perasaan sedih.
Menurut Shuib lagi anak-anak cukup memahami keadaan mereka yang sudah ketiadaan ibu dan perkara itu memudahkan Shuib untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya tidak sangka anak-anak kini boleh menjalani kehidupan sekarang dan faham situasi ketiadaan ibu tercinta di sisi.
“Malah anak-anak juga terbuka berborak tentang ibu mereka tanpa mengalirkan air mata. Kekuatan mereka itulah bantuan saya untuk terus mengharungi kesedihan,” jelasnya.
Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Allahy4rham menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.
Shuib mahu anak-anak gembira sambut raya.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Raya tahun ini Shuib membawa anak-anak pulang ke kampung di Perak untuk mereka menikm4ti suasana di sana.
“Anak-anak saya tidak mahu baju baharu atau duit raya. Mereka mahukan suasana meriah dan situasi itu hanya boleh dapat kalau pulang ke kampung.
“Mereka seronok melakukan aktiviti seperti menangkap ikan dan bermain bunga api,” ujarnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Mstar
Leave a Reply