“Kali Terakhir, Saya Pos Baju Raya Warna Biru Untuknya,” – Ayu Damit Pertama Kali Sambut Raya Tanpa Ayah

“Tak ada lagi orang yang akan ‘bising’. Sebab kalau raya dia yang akan kecoh-kecoh.” Itu luahan penyanyi, Ayu Damit apabila pertama bakal menyambut 1 Syawal tahun ini tanpa bapa, Damit Osiri.

Allahyarham Damit,72, meninggal dunia pada 2 Julai tahun lalu akibat kanser otak.

Menurut Ayu, 32, dia juga tidak berpeluang berpuasa bersama keluarga di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kalau nak hubungi pun dah tak ada. Syukur, harapkan ada mak sajalah. Tak berkesempatan nak sambut ibadah puasa dengan arwah sebelum ini sebab PKP.

“Cuma saya dapat pulang ke Kota Kinabalu sekejap kerana ketika itu arwah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.

Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Di Mercu ini menambah, Allahyarham bapa sempat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama anak-anak tahun lalu.

“Banyak yang dia siapkan, misalnya pasang lampu raya dan sebagainya. Tapi saya tak boleh balik. Agak sedihlah sebab ketika itu pun dia sudah sakit.

“Bapa tanya mak, mana Ayu. Mak hanya mampu cakap… Kan PKP, mana boleh balik kampung naik kapal terbang. Itulah alasan yang diberikan kepada arwah. Rasa ralat,” katanya lagi.

Ayu ditemui pada Majlis Iftar Hotel Tenera Bersama Media, pada Selasa yang bertemakan ‘Balik Kampung’.

Ditanya apa yang dirindui setiap kali menyambut raya bersama Allahyarham, Ayu menjelaskan bapanya tidak cerewet.

“Dia tak banyak kerenah. Paling tidak pun hanya minta belikan baju raya saja. Jadi setiap tahun memang kami akan beli baju raya. Kalau tak sempat, saya akan kirim.

“Kali terakhir, saya terpaksa pos baju raya untuknya. Warna biru. Arwah memang inginkan warna tema tersebut. Tapi tak boleh nak balik gara-gara pandemik Covid-19.

“Memang rasa rindu. Tiap kali tiba puasa, dia akan hubungi saya untuk tanya mengenai baju raya. Kali ini, sudah tak ada orang untuk bertanya. Yang tanya sekarang hanya mak lah. Rasa tidak lengkap,” katanya lagi.

Terdahulu pada majlis sama, turut diperkenalkan ialah produk terbaru Pes Masakan Hotel Tenera yang terdiri daripada Pes Sambal Tumis, Kerutuk, Gulai Kawah, Kari India dan Sambal Bilis.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*