34 tahun Terpisah, Akhirnya Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali!

Pelakon Tiz Zaqyah mendedahkan satu berita baik apabila buat pertama kali dalam hidupnya, dia bertemu dengan abang kandungnya.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Tiz Zaqyah amat gembira sebab setelah 34 tahun berpisah, ini kali pertama dia bertemu dengan abangny iaitu yang bernama Zacky.

Tiz ada muatnaik foto abangnya itu, dan itulah moment pertama kali mereka bertemu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ★ ★ (@tiz.zaqyah)

“Ini memang rezeki bulan Ramadhan, akhirnya dapat bertemu dengan abang serta keluarganya first time dalam hidup.”

“Saya selalu harap dan doa mahu ada abang, kini ianya dimakbulkan. Saya nak ada abang yang boleh jaga saya. Ini memang miracles bulan Ramadhan. Memang kesian sebab lama terputus hubungan. Lagi sebak bila orang kata dia pun wali saya juga.”

Tiz Zaqyah atau nama penuhnya Siti Zaqyah Razak, memberitahu Zacky merupakan abang kandung sebapa.

“Dia sebenarnya dah lama cari saya. Kebetulan saya ada di Singapura untuk event Aura Kasih. Dia kemudian ada hubungi pihak Aura Kasih menerusi nombor yang tertera di Instagram.”

“Apabila saya dapat mesej itu, saya rasa ada sesuatu. Saya tak fikir panjang dan memang nak jumpa dengan dia.”

“Perasan tu memang tak sabar dan memang betul. Semua terjawab bila dia tunjuk gambar bapa kami. Lepas tu kami ada berkongsi cerita dan terbukti memang sah, bahawanya kami ini adik beradik.”

Tiz berkata, selepas ini dia harap abangnya itu akan dapat bertemu dengan ayah kandung.

“Saya bersyukur dan berdoa supaya abang ada rezeki jumpa ayah kandung kami di Malaysia nanti. Memang indah, di bulan Ramadhan ni doa kami dimakbulkan.”

“Sebelum ni saya ingat saya ni hanya dua beradik dengan kakak. Sudah tentu lepas ini hubungan kami akan jadi lebih rapat.”

“Perasaan ada abang itu susah nak cakap. Memang lain sebab sejak kecil lagi saya memang mahu ada seorang abang.”

Bila first time jumpa tu, Tiz terus tanya kepada Zacky:  “Adakah kamu abang saya.”

Kata Tiz Zaqyah sebelum ini memang dia ada naluri yang kuat.

“Hati ni macam tahu sangat. Kuatnya naluri itu. Yang penting, dengan kuasa Allah menyatukan darah daging. Allah dah hadiahkan silaturahim keluarga yang mungkin tidak pernah wujud selama ini. Patutlah selama ini jiwa saya asyik mencari. Macam tak sempurna sebelum ini.”

Abang Tiz Zaqyah bernama Zacky itu lahir pada tahun 1980, manakala Tiz pula dilahirkan pada tahun 1988.

“Kami jumpa sekarang ni umurnya 42 tahun dan saya sekarang 34 tahun. Dia dapat tahu kami ada pertalian dua tahun lepas sebab ada rakannya minta dia tengok Instagram saya sebab muka ayah kami sama.”

“Namun semasa dia tahu, ada perintah kawalan pergerakkan, jadi usaha dia nak jejaki saya tu terhenti.”

“Ketika berjumpa, dia ada tunjuk gambar hitam putih ayah kami dan banyak lagi dokumen.”

“Saya pun memang rasa mukanya ada iras, dan saya pun rasa selesa dengannya. Doakan yang terbaik untuk perjalanan family saya ini.”

Itulah kenyataan dari Tiz Zaqyah tentang abangnya.

Alhamdulillah, so happy for you…

Muka Sama La!

Alhamdulillah boleh beraya bersama-sama

Doa dimakbulkan bulan Ramadhan ni

 

 

 

Sumber :Instagram Tiz Zaqyah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*