Mak Ayah Sibuk Shopping Raya, Anak Pula Berkeliaran Dalam Mall Sendirian

Di dalam kesibukan orang ramai membeli belah untuk persiapan raya, pasti ada kalanya ramai yang tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Macam situasi yang dikongsikan ini apabila seorang kanak-kanak dilihat berkeliaran seorang diri di sebuah pusat membeli belah.

Rupa-rupanya kanak-kanak itu telah terpisah dari ibu bapanya yang didakwa sedang sibuk membeli belah keperluan raya. Situasi ini juga turut menarik perhatian netizen yang turut sama terkejut melihat kanak-kanak itu dibiarkan seorang diri di situ.

Pautan Video

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu yang juga merupakan pekerja di pusat membeli belah itu berkongsikan situasi yang dihadapinya baru-baru ini. Menurutnya, dia pada awalnya melihat kanak-kanak itu berkeliaran seorang diri di situ.

Dia juga menyangka ibu bapa kanak-kanak itu ada berada berhampirannya sebelum sedar kanak-kanak itu telah terpisah dari keluarganya sendiri. Lebih merisaukan, kanak-kanak itu langsung tidak takut dengan orang di sekelilingnya dan tidak kelihatan seperti berada di dalam masalah.

gadis

Gadis itu kemudian membawa kanak-kanak itu ke kaunter pertanyaan untuk mencari ibu bapanya. Namun belum sempat dia melakukannya, bapa kepada kanak-kanak itu akhirnya muncul di situ dan mengambil anaknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama risau melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang memberitahu situasi ini kerap terjadi baru-baru ini terutamanya semasa orang ramai sibuk membeli keperluan raya.

“Ya allah nak shopping bawak anak pun janganlah ralit sangat sampai tak sedar anak hilang…”

kanak-kanak

“Mujur dapat orang baik baik.”

hilang

“Bahayanya bila budak tak takut orang. Dengan orang tak kenal pun dia ikut.”

komen

“Aku pernah hilang anak di GM Klang, menjerit cari…”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*