Ramai yang melepaskan geram selepas dua tahun tidak dapat merayakan hari raya di kampung dengan begitu sakan membeli belah keperluan raya. Malah rata-rata jalan juga sesak dengan mereka yang ingin keluar shopping raya lagi-lagi pada minggu terakhir puasa ini.
Macam situasi yang dikongsikan lelaki ini apabila berlaku satu kejadian melucukan pula semasa dia dan keluarga keluar membeli belah. Semuanya gara-gara si isteri yang ‘hilang’ dan tidak dapat ditemui gara-gara terlalu asyik mencari baju raya.
Pautan Video :
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat seperti sedang mencari-cari seseorang di dalam kesesakan orang ramai itu. Turut kelihatan dia berada di sebuah gedung pakaian yang dipenuhi dengan orang ramai yang ingin mencari baju raya pada saat akhir.
Dalam masa yang sama, lelaki itu rupa-rupanya telah terpisah dengan isterinya sendiri menyebabkan dia panik seketika. Lebih melucukan, dia juga berpura-pura seperti menangis sambil ditenangkan oleh rakan-rakan yang lain.
Dia juga turut memanggil nama isterinya beberapa kali sebelum akhirnya wanita itu muncul di hadapannya. Lelaki itu juga sempat berseloroh meminta wanita itu untuk tidak merayau jauh-jauh dan hilang dari pandangannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang memberitahu mereka juga turut melalui pengalaman yang sama baru-baru ini semasa sibuk membeli belah.
“Hahahaha nangis atas bahu member dia punya risau…”
“Semalam kes macam ni lah, suami duk tanya kat anak ibu mana ibu…”
“Member pun adoi lawak wei…”
“First time aku tengok ni suami nangis kat public bini hilang.”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply