PENYANYI dan juga pelakon cantik ini pernah mencetuskan fenomena dalam berfesyen terutama sekali gaya tudung yang diperagakan.
Sebut sahaja ‘gaya Bienda’, pasti terbayang fesyen ala ‘gipsy girl’. Tudung yang digayakan penyanyi yang terkenal dengan konsep lagu ‘world music’ itu menjadi ikutan remaja. Baju potongan ‘turtle neck’, skirt dan kasut but tinggi menambah lagi keunikan fesyennya.
Pernah popular dengan lagu Penantian sekitar 2003, Bienda boleh dikatakan antara pelopor dalam industri yang mengetengahkan irama ‘world music’, sesuai dengan ton suara unik yang dimilikinya.
BIENDA mengakui keg1atan seninya agak perlahan kerana sibuk memberi tumpuan terhadap urusan perniagaan. Foto – AFIQ RAZALI
Rezeki pau
Selepas mengeluarkan album kedua berjudul Kenaliku pada 2009, anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Sheeda itu tiba-tiba terus menyepi.
Sekitar awal Mac lalu, nama Bienda atau nama lengkapnya Nor Razlinda Razli, 37, tak semena-mena kembali h4ngat.
Digelar ‘bidadari’ oleh netizen, video memperlihatkannya sedang melayan pelanggan membeli pau di gerai jualannya, Papapau Bienda di pinggir jalan menjadi bualan ramai.
Kata Bienda ketika ditemui di sebuah majlis penghargaan baru-baru ini, dia memberitahu hanya membantu perniagaan kecil-kecilan yang dijalankan oleh suaminya, Kamarul Zariman Abd. Rahman.
“Fokus saya dan suami buat ketika ini adalah perniagaan menjual pau yang terletak bersebelahan Petronas Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
“Sebenarnya saya hanya membantu suami. Alhamdulillah, selepas tular video saya sedang melayan pelanggan baru-baru ini, Allah SWT bukakan lagi seluas-luasnya pintu rezeki kami,” katanya.
Berkongsi kisah permulaan perniagaan pau yang dijalankan sejak Disember tahun lalu itu, Bienda pada awalnya tidak begitu yakin apabila suaminya ingin membuka gerai menjual pau kerana lelaki itu sudah biasa bekerja di dalam pejabat.
“Saya sebenarnya tidak yakin sebab sebelum ini dia bekerja di dalam pejabat, tempat yang sejvk.
“Terdetik juga, suami dah bersediakah berjemur di tempat yang p4nas? Mengharungi hujan dan ribut,” katanya.
SELEBRITI berusia 37 tahun ini bersyukur kerana rezeki perniagaan pau yang diusahakan bersama suaminya, Kamarul Zariman berlipat kali ganda selepas videonya berjualan di tepi jalan tul4r baru-baru ini.
Peranan isteri
Ternyata apa yang difikirkannya benar. Beberapa hari selepas berjualan, Kamarul sudah nampak cabaran menjadi penjaja kecil di tepi jalan. Bahang panas yang terpaksa diharungi bukan perkara biasa baginya.
Perasaan hampir menyerah seketika timbul. Namun sebagai isteri, Bienda perlu memainkan peranan dengan memberi sokongan terhadap suaminya supaya tidak mudah menyerah.
“Sebagai isteri, saya perlu sentiasa memberi sokongan pada suami.
“Alhamdulillah, selepas sebulan berniaga di tepi jalan, suami akhirnya terbiasa dengan keadaan sekeliling.
“Seronok sebenarnya berniaga, lebih-lebih lagi bila kita sudah nampak hasilnya. Niat kami berniaga adalah kerana keluarga dan kerana Allah SWT,” kata Bienda.
Bersyukur dengan limpahan rezeki yang dikurniakan Allah SWT untuk dia dan juga suami, penyanyi itu mengajak orang ramai untuk mula berniaga.
Kata Bienda, sesiapa sahaja boleh berniaga lebih-lebih lagi selepas ramai yang bergelut dengan k3$usahan ekoran pandemik melanda seluruh dunia.
“Selama dua tahun kebelakangan ini, ramai yang bergelut dengan cov1d-19. Bukan saya sahaja terjejas, ramai rakan-rakan artis lain juga terk3$an. Jangan putus asa. Berniagalah, juallah apa sahaja.
“Sesiapa sahaja boleh berniaga. Alhamdulillah, walaupun saya jual benda yang harganya murah, pau serendah harga RM2 sahaja, tetapi sambutannya sangat luar biasa.
Terima kasih bantu perniagaan suami saya,” ujarnya.
Selepas hampir lima bulan ‘berkhemah’ di tepi jalan menjual pau, bermula dengan jualan harian hanya sekitar 400 hingga 500 biji sehari, jualan Papapau Bienda kini boleh mencecah sehingga 2,000 biji sehari.
SEBAGAI isteri, Bienda perlu memainkan peranan memberi sokongan dan semangat kepada suami untuk memulakan sesuatu yang baharu.
Single baharu
Ketika bulan Ramadan, Bienda pada awalnya bercadang tidak membuka gerai kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap ibadah.
Kata bekas anggota kumpulan nasyid, Solehah itu, selama 11 bulan bekerja keras mencari rezeki, tidak salah andai dirinya mengambil cuti sebulan ketika Ramadan untuk mengumpul pahala dan berehat.
Selepas berbincang dengan suami, akhirnya perniagaan Papapau Bienda tetap diteruskan, namun makanan tersebut dijual dalam bentuk sejuk beku demi memenuhi permintaan pelanggan.
Menyentuh sedikit perkembangan karier nyanyiannya, Bienda berkongsi rasa teruja apabila akan mengeluarkan sebuah single baharu selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.
Lebih menarik, single tersebut mendapat sentuhan dan diterbitkan oleh bekas penyanyi, Waheeda.
“Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Waheeda. Insya-Allah akan dikeluarkan pada tahun ini juga,” katanya.
Disoal tentang konsep lagu yang bakal menemui peminatnya nanti, Bienda enggan mendedahkan dengan lebih terperinci dan meminta peminat membayangkan konsep lagu yang disering dibawakan Waheeda ketika masih bergelar penyanyi.
SEBAGAI isteri, Bienda perlu memainkan peranan memberi sokongan dan semangat kepada suami untuk memulakan sesuatu yang baharu.
Bizibody jumpa bidadari jual pau tepi jalan… Tengah panas pun Bienda maintain cantik!
kredit: kosmo
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber : http://trendingsangat.pw/
Leave a Reply