Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsikan kisah sedih anaknya yang baru 2 hari bersekolah tadika tiba-tiba diberhentikan begitu sahaja. Guru di sana didkwa membuat keputusan berkenaan kerana murid itu dikatakan terkencing di dalam kelas.
Bahkan dia mencadangkan secara baik supaya kanak-kanak tersebut datang semula ke sesi persekolahan tahun hadapan agar lebih bersedia.
Walaupun sedih anaknya diperlakukan begitu, ibu berkenaan akur dan tampil meminta maaf atas masalah yang terjadi.
Menurut penjelasan, gadis kecilnya sudah pandai untuk ke tandas dan menguruskan diri sendiri. Pun begitu, dia percaya budak itu mungkin merasa gugvp kerana masih baru bersekolah lantas membuatnya tidak berani bercakap dengan andai kata terasa hendak membuang air.
Terkesan dengan isv berkenaan, Cikgu Ayu selaku seorang guru tadika juga terlihat menyuarakan pendapatnya sendiri di TikTok sebentar tadi. Beliau memberikan tegvran secara menyeluruh baik kepada pihak pendidik mahupun penjaga sendiri.
Baginya, cikgu tadika berkenaan wajar memberikan masa kepada para murid dan usah terlalu cepat membuat keputusan melulu. Manakala ibu buat bapa pula, mereka perlu faham keperluan mengajar anak-anak untuk ‘lepas pampers’ seawal usia 3 tahun lagi.
Meskipun kedengaran lantang, net1zen sangat bersetuju dengan perkongsian Cikgu Ayu. Realitinya di luar sana, mereka akui didikan tentang membuang air sepatutnya bermula dari rumah lagi dan bukannya berharap pada guru untuk menguruskan hal sedemikian rupa.
Sumber : TikTok cikguayu_imtecer
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: viralmy.me
Leave a Reply