Isteri Selesa P4kai T-Shirt, Fizz Fairuz Kata Tak Perlu Menvnjuk-Nvnjuk Kaya

Meskipun bergelar Datuk, bagaimanapun pelakon Datuk Fizz Fairuz memilih untuk menjalani kehidupan yang sederhana serta tidak menunjuk kemewahan.

Baru-baru ini, menerusi mStar Online, Fizz mengulas mengenai penampilan sempoi isterinya, Datin Almy Nadia ketika bercuti di sebuah taman tema pada Februari lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz 🇲🇾 (@fizzfairuzofficial)

Menurut Fizz tidak kisah siapa pun kita kita, paling penting adalah untuk jadi diri sendiri dan tidak perlu menunjuk pangkat dan kekayaan.

“Semua itu atas diri sendiri. Kita tak perlu menunjuk-nunjuk ada pangkat, artis, kaya, berduit dan sebagainya. Jadi diri kita sendiri. Apa nak dibanggakan dengan apa yang kita ada? Asalkan selesa, senang nak bergerak,” katanya.

Kata Fizz lagi, sebagai seorang selebriti dia tidak boleh menutup mulut orang ramai. Ujarnya, jika tidak boleh menerima pandangan lebih baik tidak perlu jadi artis.

“Kita dalam dunia seni ni, mereka boleh kritik dan cakap apa saja. Sebab kita ni public figure. Kalau tak boleh terima pandangan, tak perlu jadi artis.

“Apa yang isteri saya pakai hari tu pun okey. Sebab untuk keselesaan, lagipun ada anak kecil nak menyusu,” katanya.

Terdahulu, netizen memuji pasangan itu menjalani kehidupan dengan penuh sederhana dan merendah diri walaupun bergelar Datuk dan Datin.

Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 6, Nurr Afrina Aurora, 5, Nur Afrina Ayra, 4. Almy baru sahaja menimang cahaya mata keempat pada Disember lalu yang diberi nama Afrina Aisyah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: DNQ

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*