MERINDUI insan yang telah pergi meninggalkan kita merupakan satu perasaan cukup perit untuk diungkap.
Begitulah perasaan yang terpaksa ditanggung oleh gadis ini, Putri Nur Syafiqah Zakaria, 21, yang kehilangan kekasihnya, Muhammad Shahrul Sagar, 23, disebabkan penyakit kanser kolon (kanser usus besar) tahap empat.
Menerusi perkongsian gadis yang lebih mesra disapa Putri yang memaparkan momen-momen indah bersama arwah di laman sosial, meraih perhatian ramai.
Baru-baru ini, Putri memuat naik satu video menunjukkan kesedihannya mengimbau kenangan bersama arwah kerana tidak dapat lagi raya bersama, ternyata meruntun jiwa warga maya.
Bercakap kepada mStar, gadis yang menjalani latihan industri di Kuantan, Pahang ini berkongsi kisah perjalanan kekasihnya menghidap penyakit kanser sehingga menghembuskan nafas terakhir.
“Saya mula kenal arwah pada 2018. Saya suka arwah sebab cara dia layan saya sama macam ayah layan mama. Arwah sangat penyabar, lemah lembut tutur katanya dan tak pernah meninggi suara. Saya berharap ada masa depan dengan dia sampaikan waktu menunaikan umrah pada 2019, saya sebut namanya dalam doa agar dia jadi suami saya.
View this post on Instagram
“Sebelum arwah disahkan menghidap penyakit kanser pada September 2021, dia mula mengadu sakit perut macam ada benda keras sejak Julai lagi. Dia terpaksa berulang-alik ke klinik dan hospital di Kuantan.
“Tahun lepas memang ujian yang sangat berat untuk arwah. Mak, ayah dan adik-adiknya positif Covid-19. Masa ni masih ketat SOP jadi tak boleh melawat dia di hospital. Arwah uruskan pembedahan dia semua sendiri.
“Lepas dia keluar dari hospital dan PKP pun dah habis, saya selalu ajak keluar. Dia kata dia takut tak ada masa dan dah tak larat nanti nak luangkan dengan saya kalau dah mula sesi kemoterapi. Masa ni dia banyak termenung dan asyik cakap pasal mati,” ujar Putri.
Menurut Putri, berat badan kekasihnya turun mendadak disebabkan oleh sesi kemoterapi.
Put yang menetap di Kuantan, Pahang itu memberitahu, berat badan Shahrul mulai susut setelah menjalani sesi kemoterapi pada Oktober tahun lalu.
Apa yang lebih menyayat hati apabila jejaka berkenaan dijemput Ilahi pada 2 Disember tahun lalu.
Kekasih Putri meninggal dunia selepas seminggu menjalani kemoterapi ketiga.
“Lepas sesi kemoterapi pertama, berat badan arwah memang makin menurun. Sesi kedua arwah pada November pun lagi kurus tapi saya tak update pasal arwah di media sosial ketika itu.
“Arwah susah nak tidur sampaikan badan jadi penat sebab tak cukup rehat. Sehari sebelum sesi kemoterapi ketiga tu hari lahir arwah, tapi dia tak larat sangat nak buat apa-apa sebab tak tidur.
“Dia kurus sangat sampai nampak tulang. Saya sedih sangat tengok dia terpaksa tanggung semua derita ni. Arwah meninggal dunia seminggu selepas itu,” ujar Putri dengan nada sebak.
Susulan videonya menangis di tepi kubur arwah kekasih, dia menerima banyak mesej positif daripada warganet.
Kenangan… Putri dan arwah memakai baju raya sedondon pada hari raya 2021.
Jelas Putri, dia bagaimanapun tidak menyangka 2021 merupakan tahun terakhir dia dan arwah beraya bersama, dan berasa terkilan setiap kali mengingatinya.
“Raya tahun lepas (2021), kami nak ‘matching’ pakai baju sama. Itulah first dan last matching baju dengan dia. Sebenarnya tema raya famili dia warna hitam, manakala keluarga saya pula pink. Dia sanggup beli baju pink saat akhir demi saya.
“Masa di rumah arwah, dia pakai warna hitam. Bila pergi beraya rumah saya, dia tukar pink dengan baju tak gosok. Arwah datang ke rumah saya pun sekejap je sebab kawan-kawan dia tunggu kat rumah dia. Tak sangka itu kali terakhir saya beraya dengan arwah,” kata Putri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber: Sumber
Leave a Reply