“Pegang Tangan Atau Main Mata Tak Apa, Tapi Bukan Aksi P4nas” – Wanna Ali Takut Lak0n Babak Gha1rah

Selektif dalam pemilihan watak dan tetap dengan pendirian untuk tidak melakonkan babak p4nas atau melampau menjadi prinsip pelakon Wanna Ali sejak melibatkan diri dalam dunia hiburan.

Malah Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali berkata dia juga tidak mempunyai keyakinan untuk memegang watak yang terlalu d4ring.

Biarpun pernah melakonkan watak sebagai seorang isteri, pelakon berusia 25 tahun ini lebih selesa untuk melakukan babak bers3ntuhan yang tidak keterlaluan.

“Sudah tentu saya tidak akan melakonkan babak atau aksi melampau. Saya tak yakin untuk lakukan babak terlalu daring.

“Kalau tengok drama lakonan saya, walaupun watak suami isteri pun saya tak berapa sangat nak bers3ntuhan. Pengarah pun tahu saya macam mana, saya tak suka sangat bersentuh4n.

“Pengarah boleh tahu yang saya tak biasa untuk babak keterlaluan. Kalau sekadar pegang tangan atau main mata, it’s okay,” kata Wanna kepada mStar.

Anak kepada penerbit Datuk Ayu Puteh itu ditemui ketika majlis tayangan perdana program Ramadan Awesome TV yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini turut mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk memegang watak heroin dalam drama Perempuan Itu terbitan pelakon Erma Fatimah.

Biarpun menyukai karakter yang kini milik aktres Mimi Lana itu, namun Wanna terpaksa menolak tawaran tersebut disebabkan jadual penggambarannya sudah penuh.

“Auntie Erma ada hubungi saya, dia nak mencari heroin. Waktu itu saya memang belum mula penggambaran drama baru tapi saya terpaksa tolak tawaran dia.

“Sebab dah lock dengan drama lain. Dia memang ada beritahu yang karakter itu heroin drama itu best sebab tentang seorang wanita yang menegakkan keadilan untuk wanita.

“Ikutkan saya memang nak sangat karakter itu… walaupun saya tak baca skrip lagi. Tapi bukan rezeki saya, watak itu diberikan kepada Mimi Lana,” ujarnya.

Drama Perempuan Itu menjadi kontrversi selepas teraju utama iaitu aktor Zul Ariffin berkongsi klip teaser dengan memperlihatkan aksi p4nas dengan aktres baharu, Siti Hariesa.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*