Usop Menangis Bila Tahu Bakal Jadi ‘Daddy’, Peminat Pesan Jaga Isteri Dengan Baik

Pada bulan Februari lalu, penyanyi Usop selamat bernikah kepada pasangan pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10 pagi, Jumaat.

Setelah dua tahun perkenalan, pasangan itu diijab kabul dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam dekat Penaga, Pulau Pinang.

Kini selepas hampir dua bulan usia perkahwinan, pasangan ini sekali lagi mencvri tumpuan ramai apabila mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata apabila isteri Usop yang mesra dipanggil Teha disahkan hamil.

Perkara ini diumumkan melalui satu video yang dimuat naik di laman Tiktok usop_97, yang memaparkan Teha sempat meminta tolong suaminya itu untuk mengambil sesuatu dari sebuah luggage. Namun, reaksi dan wajah terkejut Usop apabila melihat ‘double line‘ pada ujian kit kehamilan di tangannya rata-rata membuatkan netizen terharu.

Selebriti tersebut kemudian terus sahaja mendapatkan isterinya sebelum mendakap erat. Tak lama kemudian, Usop bertukar seb4k dan men4ngis kegembiraan.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop 🌺 (@usopofficial)

“Alhamdulilah rezeki allah….i love u sayangku,” tulis Usop di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 648.5k tontonan, 57.9k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut.

Komen netizen: 

 

Sumber: tiktok usop_97

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*