Satu perkongsian video milik pelakon dan usahawan wanita, Zarina Zainuddin menarik perhatian ramai di Instagram nya. Aktres ini meluahkan rasa terkejut melihat harga bagi sebotol minyak masak tempatan yang dijual di pasaran sangat mahal.
View this post on Instagram
Minyak Masak Biasa Hampir RM30
Menerusi perkongsian tersebut, Zarina menunjukan sebotol minyak masak jenama tempatan seberat lima kilogram dijual pada harga hampir mencecah RM30.00.
Pelakon ini tidak menyangka harga minyak masak di pasaran masa kini jauh berbeza berbanding diawal perkahwinannya dahulu.
“GiIa betul lah saya ni baru tahu harga minyak masak sekarang dah RM29.40 untuk 5 kilo, dulu masa saya baru-baru kahwin dulu minyak botol besar tu RM13 jer..” tulisnya
Perlu Bijak Cari Duit Tambahan.
Gara-gara harga barang semakin mahal, pelakon dan usahawan pulut kuning ini menitip pesan agar orang ramai perlu bijak mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat naik.
“GiIa lah harga barang.. Kau orang kalau gaji sikit nak hidup kat bandar besar ni.. Nangls lah kalau tak pandai meniaga ke buat duit tambahan takat gaji seciput nak hidup jadi makan hati lah..” tulisnya lagi
Netizen Beri Respon lsu Harga Minyak.
Melihat perkongsian Zarina di Instagram nya itu, ramai yang berkongsi pandangan tentang isu harga minyak dan barangan diruangan komen posting pelakon tersebut.
“Dah lama minyak mahal dekat tempat saya kawasan Sabah dari dulu harga macam tu, sekarang harga mau sampai RM40 5 kilo..”
“Pada hal negara pembekal minyak terbesar dunia..”
“Lama dah kak dia naik.. Ada jenama tu sampai RM30 lebih.. Semua mahal..”
“Bukan takat minyak semua barang mahal, kami rakyat marhaen ni bila bersuara siapa nak dengar” komen mereka.
Menerusi carian di laman Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), harga runcit bagi minyak masak sawit tulen jenis paket dijual pada harga RM2.50. Manakala harga bagi minyak masak 5 kilogram tidak melebihi RM30.00 sebotol.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews
Sumber : murai.my
Leave a Reply