“Risau ter ‘spike’ kepala” – [VIDEO] Pengantin Minat Bola Tampar, Perarakan Disambut Lambungan Bola

Hari perkahwinan merupakan impian setiap pasangan yang bercinta dan pastinya kita inginkan majlis perkahwinan yang lancar serta mempunyai simbolik yang berkenaan dengan kisah cinta kita.

Begitulah juga perkongsian dalam laman TikTok oleh @anasfarid96, kelihatan pasangan pengantin membuat sesuatu yang berbeza pada hari perkahwinan mereka iaitu pasangan pengantin yang baru tiba di majlis itu disambut dengan ‘lambungan’ bola tampar.

Menerusi klip pendek berdurasi 20 saat itu, kelihatan beberapa individu melambung bola tampar sambil pengantin berjalan dan berarak dibawahnya.

Paling menarik perhatian, gimik unik itu tidak ‘mengganggu’ perarakan pasangan pengantin itu serta tetamu yang berada berdekatan.

Difahamkan, kedua-dua mempelai itu merupakan pemain bola tampar dan disebabkan itu mereka memilih untuk melakukan ‘aks1’ itu, malah individu-individu yang melambung bola tampar itu adalah rakan-rakan mereka sendiri.

Pautan Video :

Rata-rata netizen kagum dengan pertunjukkan mini itu, tidak kurang juga mereka yang memuji kreativiti pasangan pengantin tersebut.

Lebih menghiburkan, ramai juga netizen yang mempersoalkan bagaimana jika kedua-dua pengantin itu merupakan atlet sukan lain.

Komen Netizen:

Setakat ini, video tersebut telah mencapai lebih 400K tontonan serta lebih seribu komen.

Kalau min, wedding nanti kena campak laptop ke?

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*