Tengah Buat ‘show’ Roti Canai Terbang, Alih-Alih Roti Terbang Ke Atas Kepala Pelanggan

Mungkin anda pernah melihat aksi persembahan daripada penebar roti canai yang sering menarik perhatian pelanggan di restoran mereka. Namun baru-baru ini, berlaku satu kejadian melucukan gara-gara aksi roti canai terbang yang tidak menjadi ini.

Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari 12 juta tontonan setakat ini di mana netizen turut terhibur melihatnya. Malah ramai yang turut berdekah melihat reaksi pelanggan ini gara-gara roti canai terbang yang mendarat di atas kepalanya.

Pautan Video :

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan penebar roti canai itu sedang menunjukkan aksi mereka melakukan roti canai terbang di hadapan para pelanggan. Biasanya untuk persembahan seperti ini, mereka akan saling membaling dan kemudiannya menyambut roti canai yang telah dibaling itu.

Namun lain pula yang berlaku kali ini apabila roti canai itu selamat mendarat di atas kepala salah seorang pelanggan di situ. Lebih melucukan, kejadian ini juga sempat dirakamkan oleh kakak kepada kanak-kanak itu yang sama-sama melihat pertunjukan yang dilakukan.

reaksi

Apa yang menarik perhatian ialah reaksi dari kanak-kanak itu yang kelihatan menahan sabar apabila dia pula yang menjadi mangsa di dalam hal ini. Pada penghujung video, lelaki itu kemudiannya mengambil semula roti canai yang mendarat di atas kepalanya itu sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kanak-kanak itu berasa menyesal duduk di situ sehingga membuatkan dirinya menjadi perhatian ramai pula di situ.

“Muka dia main peranan.”

roti canai

“Nak marah tapi nak roti canai.”

terbang

“Berhijab sementara.”

komen

“Kalau aku kat sana mau terguling-guling gelak.”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDN

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDuniaNews

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*